web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


35,618 Kenderaan Langgar Had Laju Sepanjang 7 Hari Ops HARA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 May 2022 5:10PM

Sebanyak 45 kamera AwAS sudah beroperasi sepenuhnya sepanjang Ops HRA 2022. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 35,618 kenderaan melanggar had laju di lebuh raya seperti direkodkan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) sempena Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HARA) yang dilaksanakan sepanjang tujuh hari, bermula 29 April lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jumlah itu direkodkan daripada 4.7 juta kenderaan yang melalui lebuh raya di seluruh negara.

“Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat merah, sebanyak 10,355 kenderaan direkodkan AwAS daripada 1.5 juta kenderaan yang dikesan melalui kamera terbabit.

“Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AwAS ini antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah serta tidak boleh dikompaun,” katanya.

Jelas kenyataan sama, pengguna jalan raya yang dikesan melakukan kedua-dua kesalahan terbabit akan dikenakan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), bagi setiap kesalahan mengikut Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan.

Katanya, sistem mata demerit itu, mampu menjadi faktor utama kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu pengguna jalan raya.

Mengulas lanjut, JPJ memaklumkan, sebanyak 45 kamera AwAS sudah beroperasi sepenuhnya sepanjang Ops HRA 2022.

“Daripada 45 kamera AwAS tersebut, sebanyak 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya.

Dalam pada itu, tegasnya, pengguna jalan raya diminta terus mematuhi peraturan ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

“Pihak JPJ menyeru kepada semua pengguna jalan raya seluruh negara untuk terus mematuhi peraturan ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua, seterusnya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya. - Getaran 7 Mei 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang