web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Samun Penyampai Berita, Suspek Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 May 2022 8:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu dipercayai suspek kes samun membabitkan penyampai berita televisyen di Damansara Perdana di sini semalam, direman seminggu, bermula hari ini.

Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11.30 pagi tadi untuk permohonan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Manakala adik perempuan suspek diberi jaminan polis.

Majistret Syafiq Affandi Hasan, menerima permohonan itu dan membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis menahan dua beradik bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita televisyen di Damansara Perdana.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 31 dan 24 tahun itu, ditahan kira-kira 4.30 petang di Puncak Alam.

Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah dan 15 rekod jenayah orang dikehendaki polis berkaitan bahan larangan itu.

Wanita terbabit pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Menurut Ku Mashariman, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, mangsa, seorang lelaki berusia 30-an mendapati kereta miliknya yang diletak di tepi jalan berhampiran kawasan Damansara Perdana, dipecah suspek.

Suspek menendang cermin penumpang hadapan kereta dan mengambil beg milik pengadu yang mengandungi komputer riba serta barangan peribadi, lalu melarikan diri selepas menyedari kehadiran pengadu.

Pengadu mengalami kecederaan ringan ekoran mengejar suspek, sebelum berlaku pergelutan dan beg milik pengadu terjatuh dari kereta suspek.

Menurutnya anggaran kerugian mangsa adalah RM500. - Getaran, 7 Mei 2022,
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini