web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Trafik Kuala Lumpur, 12 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 2:59PM

ACP Sarifudin Mohd Salleh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua belas individu ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk lapan lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di sekitar ibu kota.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi bermula Jumaat itu dijalankan di sekitar pusat bandar, antaranya Jalan Genting Klang, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew dan Lebuhraya DUKE.

“Lapan individu berusia antara 23 hingga 47 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Selain itu, seorang lelaki berumur 18 tahun diberkas kerana menunggang motosikal yang dipercayai dicuri,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 15 dan 26 tahun kerana terbabit memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

“Seorang lagi lelaki berusia 45 tahun pula ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin seberat 1.22 gram,” katanya.

Katanya, lelaki itu juga positif dadah ketika ditahan .

“Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras dan akan dituduh mengikut Seksyen 12(2)(e) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah,” katanya.

Mengulas lanjut Sarifudin berkata, sebanyak 1,250 saman telah dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.

“Sebanyak 22 buah motosikal dan tiga buah motokar turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan dan ekzos.

“Semua kenderaan yang disita akan diambil tindakan serta pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta diarahkan diubah ke struktur asal,” katanya. - Getaran, 8 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad