web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Myvi Berlagak Samseng Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 7:19PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan sebuah kenderaan Myvi memandu dengan berbahaya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Padah bertindak samseng di jalan raya, seorang memandu Perodua Myvi diburu polis selepas aksinya menghalang kenderaan lain tular di media sosial semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu Myvi terbabit yang melakukan aksi berbahaya seperti rakaman video berdurasi 0.27 saat itu.

“JSPT Kuala Lumpur telah melancarkan gerakan mengesan pemandu itu yang didapati melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain.

“Polis turut meminta agar mangsa yang juga pemilik video berkenaan dan saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian juga diharapkan tampil membantu siasatan.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor M Vigneswara di talian 017-4336110.

“Saksi kejadian diharap segera menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03- 20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Semalam tular sebuah video di  Facebook yang memaparkan sebuah Perodua Myvi membuat provokasi dan halangan terhadap pemandu kenderaan lain.

Kejadian itu dirakam melalui ‘dash camera’ kereta mangsa. - Getaran, 8 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi