web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kian Ming Bersara Dari Politik, Tak Pertahan Parlimen Bangi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2022 5:52PM

Ong Kian Ming

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming tidak akan menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau yang menyandang kerusi parlimen berkenaan selama dua penggal berkata, keputusan itu serentak dengan persaraannya dari dunia politik.

“Ini bukan keputusan yang dibuat tergesa-gesa tetapi sudah dibincangkan sejak tahun lalu. Saya melihatnya sebagai satu langkah untuk membuka lebih banyak pintu kepada pemimpin muda lain dalam DAP untuk ke hadapan.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi peluang kepada pemimpin muda lain dalam DAP untuk bertanding mewakili parti itu sebagai calon pada PRU15,” katanya hari ini.

Kian Ming berkata, beliau sentiasa akan memberikan sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang dinamakan parti sebagai calon untuk bertanding bagi Parlimen Bangi pada PRU15.

“Saya akan terus berkhidmat di Bangi dan dalam parti sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya.

Mantan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu bagaimanapun mengakui, kegagalan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Mac lalu menjadi antara penyumbang kepada keputusan berkenaan.

Jelas beliau lagi, kegagalan itu bagaimanapun bukan faktor utama yang membawa kepada pengundurannya.

“Pada mulanya saya ditawarkan menjadi calon bagi kerusi Parlimen Serdang, persetujuan saya dengan isteri adalah untuk saya berkhidmat selama dua penggal dan kemudian menilai semula keadaan tersebut.

“Menjelang penghujung penggal kedua ini, saya percaya telah memberikan usaha sebaik mungkin di peringkat kawasan, parti dan negara.

“Kini tiba masanya untuk generasi muda dalam parti mengambil alih tampuk kepimpinan,” ujarnya.

Kian Ming berkata, persaraan itu bukan untuk selama-lamanya, tetapi hanya untuk sementara waktu.

Beliau turut berterima kasih kepada pengundi, rakan sekerja dan semua sahabat atas sokongan mereka selama ini.

“Saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada parti dan negara pada masa hadapan jika khidmat saya masih diperlukan,” katanya.

Ong Kian Ming, 46, dipilih sebagai Ahli Parlimen Bangi pada PRU-14, selepas menyandang jawatan Ahli Parlimen Serdang dari 2013 hingga 2018.

Beliau turut  dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). - Getaran, 9 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

2

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

3

Kisah Kita 10 bulan yang lalu

Hari Terakhir George Odol Di SK Ulu Ansuan Diiringi Tangisan, Pelukan Murid

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Ahmad Shapawi Tamat Perkhidmatan Di MSN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka