web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Perlu Tangani Segera Kes Buli Doktor Pelatih - MMI

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2022 8:08PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Medics International (MMI) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) supaya segera menangani kes buli terhadap doktor pelatih.

Jurucakap MMI berkata, pihaknya mencadangkan empat perkara untuk menangani isu tersebut yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Menurut beliau, komunikasi dengan lebih budiman antara perkara yang perlu dipertimbangkan bagi mengubah senario itu.

“Berdasarkan kajian, persekitaran tempat kerja yang toksik secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti penjagaan pesakit oleh doktor pelatih ketika berada di bawah pemantauan pegawai perubatan dan doktor pakar.

“Ini pasti berlaku sekiranya mereka secara konsisten tertakluk kepada keganasan dan situasi pekerjaan yang tidak adil,” katanya hari ini.

Katanya, KKM harus bersikap telus dalam siasatan dan penilaian semula sistem latihan Pegawai Pelatih.

“Buli, penderaan lisan dan emosi, serta kata-kata perkauman harus ditentang sekeras-kerasnya, bukan diambil mudah.

“Kami merayu agar KKM menangani isu keganasan dengan serius dan menguatkuasakan pementoran penuh belas kasihan dan standard komunikasi profesional terhadap semua rakan sekerja perubatan,” ujarnya.

Jurucakap itu berkata, MMI turut mendesak perubahan munasabah dilaksanakan pada waktu kerja mingguan bagi mengurangkan tekanan dan memastikan kesejahteraan mental tenaga kerja lama serta baharu.

Jelasnya, bekerja selama 65 hingga 75 jam setiap minggu adalah tidak adil dan tidak sihat kepada doktor muda.

“MMI menggalakkan pemantauan yang konsisten terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan fizikal secara aktif dalam kalangan kakitangan perubatan baharu mahupun lama.

“Kami merayu kepada KKM supaya melaksanakan pengekalan dasar kesihatan mental dan kesejahteraan yang lebih baik serta tempat kerja yang bebas daripada pembulian untuk memudahkan akses kakitangan perubatan kepada kesihatan mental,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi