web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Berpaut Pada Treler Dipercayai Pesakit Mental - Polis Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 May 2022 12:22PM

Lelaki yang berpaut pada bahagian belakang lori tangki sebelum terjatuh di di Kilometer 160 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, beberapa hari lalu dikesan mengalami masalah mental. - Gambar tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lelaki yang dikesan melakukan aksi 'lagak ngeri' berpaut pada bahagian belakang lori tangki sebelum terjatuh di Kilometer 160 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, petang kelmarin dipercayai mengalami masalah mental.

Maklumat awal mendapati dia adalah seorang penganggur berusia 39 tahun.

Lelaki berkenaan mengalami luka pada bahagian atas mata kiri, tangan kiri serta kaki kanan dalam kejadian jam 3.30 petang itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan mendapati mangsa menaiki bahagian belakang treler tersebut yang membawa muatan bahan kimia di sebuah stesen minyak dekat pekan Lanchang, Temerloh.

“Pemandu lori tidak menyedari mangsa memanjat treler dan dia terjun ketika kenderaan berkenaan meninggalkan stesen minyak dan bergerak berhampiran Kampung Dala, Lanchang.

“Ada pemandu kenderaan lain melihat kejadian dan menenangkan mangsa sebelum membawanya ke klinik kesihatan Lanchang bagi mendapatkan rawatan. Keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi pagi tadi.

Kamarulzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana gangguan awam.

Jelas beliau, pemandu treler berusia 52 tahun yang berasal dari Terengganu tidak menyedari kejadian itu sehingga video membabitkan kenderaannya tular di media sosial malam tadi.

“Pemandu lori menerima video itu sekitar jam 9 malam kelmarin sebelum tampil membuat laporan di balai polis Temerloh jam 3.50 petang semalam,” katanya.

Dua klip video, masing-masing berdurasi 28 saat dan 26 saat yang dirakam seorang pengguna jalan raya tular di media sosial tengah hari semalam.

Susulan kejadian, polis Pahang petang semalam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan dan mengesan lelaki berkenaan.

Menerusi video itu, lelaki terbabit dilihat berpaut pada pemegang sambil berdiri di belakang treler sebelum terjatuh ke atas jalan.

Beberapa pengguna jalan raya yang menggunakan laluan itu kemudiannya membantu lelaki terbabit berehat di kawasan berumput berhampiran jalan tersebut sebelum mereka memaklumkan kejadian berkenaan kepada Balai Polis Lanchang. – Getaran, 10 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini