web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemuka Borang Nyata Cukai TT 2021 Selewatnya 15 Mei - LHDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2022 11:39AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan bahawa tarikh akhir untuk mereka mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) menerusi e-filing adalah pada 15 Mei ini.

Menerusi kenyataannya hari ini, LHDN turut menyarankan pembayar cukai mengemukakan borang nyata cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh ditetapkan, bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang serta kenaikan lewat bayar cukai.

“Pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan perlu segera mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) melalui e-filing selewat-lewatnya pada 15 Mei ini.

“Sebagai panduan berkenaan pengemukaan borang nyata cukai ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2022.

“Ia boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf (bahasa Melayu) dan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf (bahasa Inggeris),” katanya.

Menurut kenyataan sama, lebih 2.58 juta Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 diterima pihaknya daripada kategori pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan sehingga 30 April lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sekitar 2.48 juta atau lebih 96 peratus Borang Nyata Cukai diterima melalui kaedah e-filing, manakala selebihnya secara manual atau borang kertas.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada LHDN sama ada menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat ataupun melayari portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - Getaran, 11 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini