web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MMA Jangan Normalisasi Buli Doktor Pelatih, KKM Digesa Bertindak - Pemuda MCA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 8:31PM

Datuk Nicole Wong Siaw Ting - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda MCA menggesa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) agar lebih peka, tidak ‘memandang sebelah mata’ dan memperlekehkan isu buli dalam kalangan doktor pelatih yang hangat diperkatakan serta ‘dibongkar’ sejak minggu lalu.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, pihaknya turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memandang remeh isu terbabit dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah serius itu.

“Kenyataan MMA baru-baru ini seolah-olah meremehkan isu buli, penderaan mental dan emosi dalam kalangan doktor muda serta doktor pelatih, sedangkan isu ini sedang hangat diperkatakan.

“Malah, kenyataan MMA semalam yang menyebut bahawa hanya sedikit kes buli dalam kalangan doktor pelatih, dengan MMA mendakwa media menggembar-gemburkan kes buli ini sehingga memesongkan realiti sebenar, sangat dikesali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporannya sebelum ini, MMA sendiri mengakui sebanyak 120 kes dilaporkan doktor pelatih menerusi platform HelpDoc dilancarkan pada 2017 dengan 35 daripadanya membabitkan kes buli.

“Apakah purata tujuh kes buli setahun terhadap doktor pelatih oleh pentadbir atau pakar perubatan, tidak cukup untuk membuktikan bahawa ini adalah isu serius,” katanya.

Nicole berkata, pada 5 Mei lalu, selepas media melaporkan kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang, MMA meminta semua pihak, termasuk rakyat tidak membuat spekulasi sendiri kerana individu terbabit didakwa ‘tergelincir’ jatuh dari bangunan hospital.

Bagaimanapun, katanya, menerusi siaran surat khabar hari ini melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin sudah menyerahkan nama individu terbabit yang didakwa membuli doktor muda tersebut.

Malah, tegasnya, kes terbabit bukan kali pertama menyaksikan doktor pelatih didakwa dibuli di Hospital Pulau Pinang kerana terdapat kes ‘tergelincir’ dan maut pada Disember 2020, tiga minggu selepas mangsa berkenaan meletak jawatan di hospital itu.

“Bahkan, Dr Norlela turut mendakwa bahawa KKM tidak memandang serius akan isu ini.

“Menurut Dr Norlela, sudah berkali-kali aduan dibuat mengenai tekanan dialami doktor pelatih di hospital awam, tetapi hanya diberikan respon bahawa keadaan tersebut hanyalah norma perlu dilalui semua doktor pelatih,” katanya.

Mengulas lanjut, Nicole berkata, alasan bahawa tiada tenaga kerja doktor yang mencukupi di hospital awam sehingga mewajarkan bebanan dan tekanan melampau juga tidak logik.

Jelasnya, ia kerana Malaysia mempunyai sangat ramai graduan perubatan yang belum dipanggil bertugas, malah terpaksa menunggu lama untuk memulakan kerjaya mereka sebagai doktor.

Ujarnya, dalam kenyataan Pemuda MCA bertarikh 10 Mei 2022 bertajuk ‘Hentikan Budaya Buli dan Dera Doktor Pelatih di Malaysia’, pihaknya memetik laporan beberapa pakar kesihatan dan perubatan bahawa isu dera mental serta emosi doktor pelatih ini sudah lama berlaku, ibarat ‘open secret’.

Selain itu, beliau berkata, Malaysian Medics International (MMI) memaklumkan, beberapa kajian menyatakan bahawa penderaan horizontal di hospital awam yang berlaku di Malaysia adalah pada tahap dahsyat dan membabitkan ‘buli’, termasuk melemparkan kata maki serta kesat kepada doktor pelatih.

Kes itu juga, katanya, berlaku di depan pesakit, sehingga menyebabkan kesan trauma teruk kepada doktor pelatih di Malaysia.

“Susulan situasi itu, Pemuda MCA merayu kepada MMA supaya jangan merasionalkan penderaan mental dan emosi dialami doktor pelatih atas alasan ia hanyalah sebahagian daripada ‘latihan’ perlu mereka lalui.

“Kenyataan MMA, bahawa bakal doktor perlu disaring dengan lebih teliti agar mereka lebih terpilih dan tegar mendepani cabaran sebagai doktor, seolah-olah menggambarkan bahawa golongan ini yang mengalami trauma sehingga membunuh diri atau doktor membuat aduan dibuli adalah golongan lemah.

“MMA seolah-olah normalisasikan kegiatan buli dalam kalangan doktor pelatih dengan pandang remeh isu ini,” ujarnya. - Getaran, 11 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global