web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Culik Kanak-Kanak, Suspek Disah Pesakit Mental

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 May 2022 1:26PM

Hasil saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methaphetamine.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suspek yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Kota Masai, Johor, semalam disahkan pesakit mental.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki terbabit adalah pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental, namun dikehendaki polis berhubung kes mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, hasil saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methaphetamine.

“Pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi, Balai Polis Taman Scientex menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu.

“Lelaki itu ditahan orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum dia diserahkan kepada pasukan anggota polis ronda cegah jenayah yang tiba ke lokasi kejadian.

“Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash digunakan ketika kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Kamarul Zaman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex, sebelum suspek mempelawanya menumpang motosikal untuk dihantar ke rumah mangsa.

Beliau berkata, mangsa kemudian cuba dilarikan lelaki itu di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum hingga tujuh tahun atau denda,” katanya. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang