web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Debat Saifuddin-Rafizi ‘Menang-Menang’, Namun Lebih Bersifat ‘Peribadi’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 3:34PM

Debat di antara Saifuddin dan Rafizi semalam menyaksikan situasi ‘menang-menang’ apabila kedua-dua tokoh itu melontarkan hujah bernas serta yakin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran Debat ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?’ antara dua calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli semalam, menyaksikan situasi ‘menang-menang’ apabila kedua-dua tokoh itu melontarkan hujah bernas serta yakin.

Bagi pakar bidang politik, acara selama 90 minit itu, disifatkan sebagai peluang dan nilai tambah untuk memberikan pencerahan kepada penyokong masing-masing menjelang pemilihan PKR yang bermula esok hingga 18 Mei ini.

Namun, kebanyakan masa kedua-dua ikon politik itu, dilihat seperti memberi hujah untuk ‘kepentingan diri sendiri’ melangkaui keperluan apa mahu dilaksanakan untuk meraih sokongan.

Menurut penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, perspektif kedua-dua mereka ketika berada di pentas debat itu, turut menyaksikan seolah-olah pemilihan tersebut dianggap sebagai medan pertarungan antara calon parti terbabit.

“Difahamkan, tempoh masa terhad bagi kedua-dua mereka berhujah, menjadikan peluang membincangkan perspektif mereka terbatas, di mana isu diketengahkan masih bersifat terbuka, tidak menjurus kepada idea untuk menarik pengundi.

“Malah dilihat lebih banyak penggunaan perkataan ‘saya’ digunakan kedua-duanya, seolah-olah mereka mempromosikan diri sendiri,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Beliau berkata, susulan tempoh masa terhad itu juga, peluang untuk Saifuddin dan Rafizi membincangkan perspektif serta mengutarakan pandangan untuk menarik penyokong pucuk pimpinan PKR tidak meluas.

Katanya, hujah kedua-dua calon berkenan ketika debat tersebut hanya berkongsikan idea kempen lazim.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, apa pun, rumusan yang boleh dibuat bagi hujahan Saifuddin dalam debat tersebut adalah beliau kelihatan lebih ‘meyakinkan’.

“Kedua-dua calon mempunyai kekuatan masing-masing, kalau dilihat pada awal, permulaan perdebatan Rafizi begitu lancar dan jelas dengan pendiriannya daripada perbahasan Saifuddin.

“Namun pada akhir perbahasan, Saifuddin kelihatan berada di hadapan, dengan rumusan beliau yang begitu idealisme, sekali gus ‘menampung semula’ kekurangan perbahasannya yang pada awal kelihatan agak kekok,” ujarnya.

Pada masa sama, Awang Azman berkata, perdebatan itu  adalah platform yang dilihat sebagai petunjuk kepada siapakah bakal mengambil alih pucuk pimpinan parti itu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, debat itu juga menjadi medan atau pentas untuk menguji kredibiliti kedua-dua calon berkenaan dalam mengemukakan hujah mengenai isu semasa, selain soal kepimpinan dan masa depan PKR.

“Kedua-dua calon, masing-masing mempunyai penyokong tegar dalam parti berkenan dan perdebatan ini hanya bagi  menarik penyokong atas pagar.

“Idea, ungkapan dan perbahasan antara kedua-dua calon, siapakah yang mampu menguasai akar umbi parti itu, menentukan kemenangan mereka,” katanya. - Getaran, 12 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka