web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waspada Panggilan Palsu ‘Pegawai SKMM, PDRM’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 9:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan panggilan individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kononnya mendakwa individu dihubunginya melakukan kesalahan.

Menerusi kenyataannya, SKMM memaklumkan, mereka juga diminta melaporkan segera jika menerima panggilan tidak dikenali kepada pihak berkuasa lain, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan.

“Peringatan ini dibuat susulan SKMM menerima satu aduan daripada mangsa yang dihubungi individu bernama Mohd Azim Abdul Aziz, memaklumkan bahawa talian telefonnya menghantar pautan judi dan lucah ke serata telefon di Negeri Sembilan.

“Sehubungan dakwaan itu, pengadu dikehendaki membuat aduan dalam tempoh 30 minit dan sekiranya gagal, ia boleh menyebabkan talian telefonnya disekat serta disenarai hitamkan pihak penyedia perkhidmatan,” katanya.

SKMM memaklumkan bahawa individu bernama Mohd Azim Abdul Aziz bukan kakitangan agensi itu dan tidak pernah berkhidmat dengan pihaknya.

Dalam kenyataan sama, SKMM berkata, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan suruhanjaya itu lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi, iaitu melalui laman sesawang atau media sosialnya.

Perkara itu, katanya, tidak dibuat menggunakan nama individu, bahasa meragukan dan nombor telefon bimbit persendirian.

“Justeru, SKMM menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak tidak dikenali.

“Pada masa sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, seperti PDRM untuk perhatian dan tindakan susulan,” ujarnya. - Getaran, 12 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Disyaki Terlibat Samun Bersenjata Dan Menyamar Polis, 4 Lelaki Diberkas

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Waspada Panggilan Mencurigakan Oleh Individu Menyamar Pegawai MCMC

3

Semasa 8 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang