web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buli Pekerja, MTUC Terima Lebih 20,000 Aduan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 3:00PM

Mohd Effendy (kanan) bersama pemimpin MTUC yang lain ketika bacaan ikrar di Majlis Sambutan Hari Pekerja MTUC, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA- Isu buli di tempat kerja sering berlaku dan kebiasaannya, ia membabitkan bebanan kerja melampau atau penafian hak.

Sejak beberapa hari lalu, isu itu kembali menjadi panas apabila media melaporkan kewujudan kes buli dalam kalangan doktor pelatih.

Ia mula terbongkar selepas kematian seorang daripada mereka di Hospital Pulau Pinang, yang didakwa berpunca daripada tekanan perasaan akibat sering dibuli.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani mendedahkan, pihaknya menerima 21,953 aduan kes buli di tempat kerja sepanjang kemuncak COVID-19, iaitu antara Mac  hingga Ogos 2020.

Menurut beliau, aduan berkenaan diterima dalam bentuk emel dan panggilan telefon.

“Kita terima kira-kira 15 hingga 20 kes buli ini setiap hari yang membabitkan beberapa masalah iaitu kelewatan dalam pembayaran gaji dan dipaksa mengambil cuti tahunan.

“Kita mempunyai unit MTUC COVID-19, melibatkan enam badan berkanun yang berbentuk ‘government industrial’  menerima aduan ketika PKP,” katanya ketika ditemui Getaran pada Sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Tahun 2022 di sini hari ini.

Mohd Effendy berkata, anggaran kes buli diterima MTUC sebelum negara dilanda COVID-19 ialah sekitar 700, termasuk yang melibatkan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), pelarian dan warga asing.

“Kita membantah keras sebarang tindakan berbentuk diskriminasi terhadap golongan pekerja termasuk buli,” katanya.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil MTUC, beliau berkata, mereka akan berjumpa dengan pengurusan atau majikan sebaik menerima aduan, bagi menggesa tindakan diambil secepat mungkin.

“Kita (MTUC) perlu bertindak segera kerana kes buli seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan, bimbang akan memberi implikasi buruk kepada mangsa.

“MTUC ada pusat untuk membuat aduan dan wisma kami sentiasa terbuka untuk semua warga pekerja, jadi jika ada masalah seperti buli, segera buat aduan kepada kesatuan,” katanya.

Mengulas kes buli doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini, Mohd Effendy menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan terperinci pada kadar segera.

Tegasnya, MTUC menentang keras sebarang bentuk buli dan memandang serius isu berkenaan, apatah lagi ia melibatkan sektor kesihatan.

"Kita tidak faham mengapa isu ini masih berpanjangan, sebab itu MTUC menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dengan secepat mungkin dan mendedahkan hasil siasatan.

"Tak kisahlah doktor biasa, doktor pakar atau siapapun, kita kena berikan layanan sama rata kerana ia tertakluk dalam undang-undang pekerja di Malaysia,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad