web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Buli Pekerja, MTUC Cadang Letak Wakil Di Setiap Premis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 May 2022 5:27PM

Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Kerajaan disarankan meletak wakil pekerja di setiap premis pekerjaan bagi membolehkan setiap masalah berkaitan petugas dapat dikendalikan secara holistik.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kes buli dalam kalangan doktor pelatih yang hangat diperkatakan mutakhir ini adalah lambang kegagalan pihak berwajib menangani isu tersebut dengan menyeluruh.

Menurut beliau, kerajaan dilihat tidak mengambil serius kes seumpamanya sedangkan ia telah berlaku sejak dahulu.

“Kerajaan hanya ambil tindakan bila masalah sudah menjadi besar, bila sudah melibatkan kematian seperti yang berlaku di Pulau Pinang itu.

“Kerana itu, MTUC mencadangkan perlu wakil pekerja untuk mana-mana premis yang memiliki lebih daripada 250 kakitangan bagi menangani budaya toksik oleh pegawai atasan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja MTUC di sini hari ini.

Kamarul Baharin berkata, kes buli terhadap doktor pelatih dan kakitangan perubatan yang lebih muda mungkin hanya sebahagian kecil isu, dari sejumlah besar masalah tersimpan selama ini.

"Membuli dan waktu kerja yang panjang tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh mencetuskan tekanan perasaan, termasuk kemurungan.

“Layanan dan khidmat diberikan doktor pelatih ke atas pesakit berkait rapat dengan keadaan dan suasana diterima mereka di tempat kerja,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, persidangan perwakilan bagi pemilihan presiden serta barisan pegawai MTUC akan dilaksanakan 2 hingga 3 Julai nanti.

Jelasnya, persidangan perwakilan tersebut akan diadakan setiap tiga tahun bagi membentuk barisan jawatankuasa baharu.

"MTUC akan mengadakan tempoh penamaan calon bagi jawatan yang kosong buat masa ini dan ia terbuka buat orang ramai.

"Selesai sahaja tempoh penamaan calon tersebut, persidangan perwakilan akan memilih presiden baharu MTUC,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang