web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pamer Aksi Berbahaya, 11 Penunggang Motosikal Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 May 2022 6:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara berlumba dan mempamerkan aksi berbahaya di lebuh raya, 11 penunggang motosikal termasuk dua warga asing ditahan di beberapa lokasi di Seremban, Negeri Sembilan, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kesemua individu berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan pasukan JSPT Bukit Aman yang menjalankan Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) serta Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas).

"Seramai 21 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi terbabit yang bermula kira-kira jam 11 malam hingga 9 pagi tadi.

"Ketika operasi dilakukan di Lebuh Raya Plus, pasukan bertugas melihat dua motosikal ditunggang secara bersaing sambil melakukan aksi 'superman' dan 'zig zag' bermula dari Kilometer (KM) 269.8 sehingga KM271 arah Kuala Lumpur," katanya hari ini.

Beliau berkata, anggota pasukanya mengekori kedua-dua penunggang dan menahan mereka berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban pada jam 1.40 pagi.

“Empat penunggang pula ditahan di Kilometer 37.6 hingga Kilometer 43 di lebuhraya Lekas arah Seremban yang berlumba dan melakukan aksi berbahaya,” katanya. 

Mohd Nadzri berkata, lima lagi lelaki ditahan pada jam 2.30 pagi di Jalan Rasah Prima, Seremban kerana melakukan aksi berbahaya dan bersaing sesama sendiri di sepanjang Lebuh Raya Plus bermula dari KM263 sehingga KM258 arah Seremban.

"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 36 saman," ujarnya. 

Tambahnya, JSPT akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. - Getaran, 14 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang