web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Samseng Jalanan, Polis Tahan 18 Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 1:51PM

Sarifudin Mohd Salleh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 18 individu termasuk remaja atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Samseng Jalanan yang bermula Jumaat hingga awal pagi tadi, di sekitar ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi berkenaan digerakkan 11 pegawai dan 72 anggota JSPT Kuala Lumpur di  sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching, Jalan Genting Klang dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

"Kesemua 11 individu yang berusia 22 hingga 62 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam opersi terbabit.

"Tujuh individu lagi berusia 17 hingga 25 tahun ditahan kerana melakukan aksi berbahaya seperti zig zag, roket, superman serta bersaing," katanya hari ini.

Beliau berkata, kesemua pesalah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 45 (A) dan Seksyen 42(1) APJ 1987.

“Polis turut menyita lima motosikal di bawah Seksyen 64 akta yang sama atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan ( ekzos ).

"Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar serta diarahkan diubah ke struktur asal," katanya.

Mengulas lanjut Sarifudin berkata, secara keseluruhan, sebanyak 849 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Polis akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," ujarnya. - Getaran, 15 Mei 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini