web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ingatkan Cecair Vape, Rupanya Dadah Dan Air Ketum

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 5:24PM

Eng Lai (dua kanan) menunjukkan dadah yang dijual dalam botol cecair vape. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan cecair vape terbongkar selepas polis menahan lima individu di sekitar Lembah Klang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, kelima-lima mereka ditahan menerusi tiga serbuan.

Menurut beliau, suspek pertama iaitu seorang pemuda berusia 23 tahun ditahan di sebuah kondominium di Jalan Kuching di sini, pada jam 6.40 petang dua hari lalu.

“Soal siasat terhadap suspek membawa polis ke serbuan kedua di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor, yang dipercayai dijadikan pusat memproses dadah.

“Dalam serbuan kedua itu, kami menahan dua lelaki dan seorang remaja perempuan, masing-masing berusia antara 14 hingga 28 tahun,” katanya hari ini.

Antara botol cecair vape mengandungi dadah yang dirampas. - Gambar ihsan Polis
Antara botol cecair vape mengandungi dadah yang dirampas. - Gambar ihsan Polis

Eng Lai memberitahu, tangkapan ketiga dibuat 11.30 malam semalam, melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun di sebuah kondominium di Jalan Cemur di sini.

“Dadah campuran methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) itu dijual dalam botol cecair vape bersaiz 10 mililiter (ml) pada harga RM150 setiap satu.

“Secara keseluruhannya, kami berjaya merampas 4,210 ml dadah sintetik jenis MDMA dan tujuh liter air ketum daripada kesemua suspek,” katanya.

Difahamkan, kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM210,570 dan mampu memenuhi permintaan 1,121 penagih.

Eng Lai berkata, seorang daripada suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine, manakala dua lagi mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Siasatan lanjut dalam kes ini masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang terbabit dan dari mana sumber bekalan diperolehi.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 24 Mei ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi