web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pandu Lawan Arus, Pemandu Teksi 70 Tahun Disiasat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 12:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Polis sedang menyiasat seorang pemandu teksi berusia 70 tahun yang memandu melawan arus sejauh 40 meter kelmarin sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menyiasat kejadian tersebut susulan tular sebuah video berdurasi 11 saat di laman media sosial yang memaparkan pemandu teksi itu memandu bertentangan hala.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.30 petang di persimpangan lampu isyarat Jalan Putra Permai, AEON Taman Equine, Seri Kembangan, di sini.

“Siasatan awal mendapati pemandu teksi itu mengambil tiga penumpang di sebuah kondominium berhadapan AEON Taman Equine untuk menuju ke Maybank Taman Equine.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu teksi melalui laluan bertentangan tanpa membuat pusingan di bulatan Persiaran Pinggiran Putra 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu teksi terbabit melawan arus, seterusnya membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat menuju ke Maybank Taman Equine.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa).

“Manakala, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pemandu teksi itu adalah negatif,” ujarnya. - Getaran, 20 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'