web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Sedih Harga Barang Naik - Hannah Yeoh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 6:54PM

Hannah meninjau keadaan peniaga sambil mengedarkan kotak ujian kendiri COVID-19 di Segambut. - Gambar dari Facebook Hannah Yeoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan harus mengambil langkah lebih intervensi bagi menangani isu kenaikkan harga barangan asas kerana ia semakin membebankan pengguna, kata Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Menurutnya, kenaikan harga barangan itu banyak dipengaruhi peningkatan kos input produk tersebut.

Katanya, kos input itu meliputi kos barangan dari pengimport dan peningkatan kos lain ekoran kenaikan kadar tukaran mata wang asing.

Jelasnya, ia juga membabitkan peningkatan harga barangan dari pengimport.

“Kos logistik, makanan haiwan dan tenaga kerja yang meningkat sudah menyebabkan harga hampir semua barangan naik.  

“Dimana, kos tepung meningkat dan secara tidak langsung, menyebabkan harga makanan berasaskan tepung turut naik seperti roti canai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kos logistik menyebabkan harga buah-buahan, pakaian dan makanan naik, selain kos makanan haiwan meningkat menyebabkan harga daging ayam serta daging babi menjadi tinggi. 

Ujarnya, kos sayuran yang tinggi disebabkan masalah tanah tidak diselesaikan kerajaan dan kekurangan komitmen membantu petani meningkatkan tanaman.

“Tidak terkecuali, kos beg plastik dan susu turut meningkat jadi harga makanan serta minuman turut naik sama,” katanya.

Kata beliau, pihaknya sedang menjalankan pengumpulan data mengenai perbandingan harga terdahulu dan sekarang dalam kalangan perniaga.

“Saya paling sedih mendengar warga emas yang sudah hampir nak putus asa setelah berpuluh tahun berniaga.

“Justeru, saya akan menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan untuk segera mengambil langkah intervensi. Saya risau mengenai kanak-kanak yang tiada makanan selepas ini kerana impak harga barang naik,” ujarnya. - Getaran, 20 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka