web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Gempar, Dakwaan Kemunculan Pak Belang Di Kemensah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 8:08PM

PERHILITAN sedang menyiasat mengenai dakwaan kemunculan harimau di kawasan Kemensah Heights, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sedang menyiasat dakwaan orang ramai berhubung kesahihan rakaman suara mengenai kelibat harimau berkeliaran di kawasan berhampiran Kemensah Heights, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor beberapa hari lalu.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, buat masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian berhubung perkara itu.

“Pihak PERHILITAN sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan orang ramai mengenai kelibat harimau di lokasi kejadian,” katanya ringkas kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular rakaman suara mengenai kelibat haiwan liar itu di kawasan berkenaan yang mencetuskan kebimbangan orang ramai, khususnya pihak pengurusan penduduk di situ.

Menerusi rakaman suara itu, kedengaran seorang lelaki bernama Encik Fadzil memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi penduduk yang memaklumkan mengenai situasi terbabit.

“Hello, assalamualaikum, ini adalah Pengerusi, Encik Fadzil bercakap. Saya baru mengesahkan dengan pihak Zoo Negara bahawa harimau yang dikatakan terlepas bukan milik pihak mereka, jadi ketika ini kita mengesahkan harimau ini adalah haiwan liar dari hutan, lebih berbahaya,” menurut rakaman suara itu.

Justeru, individu terbabit menasihatkan semua penduduk di kawasan Kemensah, Taman Melawati untuk menjaga keselamatan dan tidak keluar rumah ke lokasi sekitar yang dikenalpasti itu buat masa ini.

“Harimau ini kelihatan pada jam 12 tengah malam semalam (baru-baru ini), jadi laporan polis sudah dibuat pihak pengurusan penduduk kita. Saya sudah membuat laporan kepada Jabatan Pertahanan Awam dan pihaknya akan datang untuk melihat apa terjadi. Saya akan terus berhubung dengan mereka,” katanya.

Mohamad Farouk Esha - Gambar fail
Mohamad Farouk Esha - Gambar fail

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan pihaknya menerima satu aduan daripada seorang pengawal keselamatan yang mendakwa terdapat kelibat harimau berhampiran kawasan Kemensah malam tadi.

“Kira-kira pada jam 12.40 malam tadi, pihak polis menerima satu aduan daripada pengawal keselamatan dari lokasi kejadian yang mengadu ternampak kelibat seekor harimau berdekatan sebatang tiang lampu jalan di Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Height. 

“Susulan aduan daripada pengadu warga asing tersebut, pihak kami bergegas ke lokasi kejadian, namun hasil tinjauan di kawasan itu tidak menemukan kelibat harimau, di samping pengadu masih belum dikesan,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghubungi PERHILITAN Selangor untuk membantu usaha mengesan harimau yang dikatakan berkeliaran di kawasan tersebut.

Katanya, PERHILITAN negeri berkenaan masih dalam usaha mengesan haiwan itu, memandangkan maklumat yang diperoleh tidak lengkap. 

“Setakat ini tiada sebarang laporan rasmi diterima bersabit insiden itu dan tiada saksi mata yang tampil untuk memberikan keterangan kepada pihak polis.

“Masih tiada maklumat mengenai pengawal keselamatan warga asing yang didakwa terlihat harimau terbabit,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak Zoo Negara turut mengesahkan tiada kes harimau terlepas dari tempat pemeliharaan haiwan berkenaan. 

“Kami menyeru orang ramai yang melihat atau tahu tentang maklumat ini agar tampil untuk memberikan kerjasama. Dalam masa sama, orang ramai diingatkan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita belum disahkan.

“Pihak kami turut mengambil tindakan mempertingkatkan rondaan di sekitar tempat kejadian bagi menjamin keselamatan penduduk,” katanya.

Menerusi tinjauan Getaran di Twitter hari ini, seorang pengguan, @heescore turut mendakwa bahawa terdapat kelibat seekor harimau dilaporkan di sekitar kawasan perumahanya.

“Orang ramai dinasihat untuk tinggal di rumah masing-masing, jangan keluar dari rumah anda susulan ada kelibat di sekitar kawasan rumah saya (Taman Melawati),” ciapnya.

Manakala, @tirastyles mempersoalkan mengenai dakwaan kelibat harimau di kawasan tersebut.

“Betul ke ada harimau berkeliaran di kawasan Kemensah Heights?,” tulisnya. - Getaran, 20 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang