web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Jutaan Data Rakyat ‘Bocor’, Kerajaan Digesa Siasat, Pertingkat Sistem

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 9:23PM

Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menjalankan siasatan segera secara telus dan teliti berhubung dakwaan seorang penjual data daripada ‘dark web’ memperoleh data peribadi 22.5 juta rakyat Malaysia.

Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, menurut penjual tersebut, data peribadi itu adalah maklumat daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, ia merangkumi data seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terperinci dan gambar.

“Ini bukan kali pertama data peribadi rakyat Malaysia ditawarkan untuk dijual kepada umum.

“Pada September tahun lepas, terdapat dakwaan kebocoran data peribadi membabitkan empat juta data yang terkandung dalam pangkalan data JPN dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya hari ini.

Terdahulu, Getaran melaporkan terdapat pelanggaran data milik agensi kerajaan, menyaksikan penjual dalam talian mendakwa menjual data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan milik 800,000 individu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan kebocoran data itu berpunca daripada JPN, selepas siasatan mendapati ia diperoleh menerusi sekumpulan penjual data dari sumber lain.

Mengulas lanjut, Yew Chuan berkata, isu terbabit sudah tentu menimbulkan keresahan dan kebimbangan awam.

Justeru, MCA menggesa kerajaan mempertingkat sistem keselamatan data bagi entiti, seperti JPN dan SPR untuk memastikan maklumat disimpan adalah selamat.

“Ia (mempertingkat sistem keselamatan) supaya data peribadi rakyat tidak akan diberi sewenang-wenangnya kepada pihak ketiga yang mungkin tidak memiliki sistem keselamatan siber cukup kuat, sekali gus membolehkan data peribadi rakyat dicuri dan dibocorkan di internet,” ujarnya.

Katanya, jika benar terdapat kebocoran data peribadi daripada pangkalan data jabatan dan badan awam, ia adalah pelanggaran keselamatan serius.

“Ini juga mendedahkan orang ramai kepada pelbagai risiko, termasuk penipuan, kecurian identiti dan menjejaskan keselamatan negara,” jelasnya. - Getaran 20 Mei 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi