web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Maut Tersepit, Kereta Dipandu Terbalik

Semasa · Diterbitkan pada 21 May 2022 11:13AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG -  Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di kilometer (KM) 7, Sistem Lingkaran Lebuh Raya Kajang (SILK) di Sungai Long awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dan jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.47 pagi tadi.

"Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang ditugaskan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Viva yang terbabas dan terbalik di bahu jalan," katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa seorang wanita tempatan berusia 29 tahun didapati tidak sedarkan diri dan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Katanya, mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Kajang," ujarnya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi pihak bomba ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.24 pagi. - Getaran, 21 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang