web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Termasuk Wanita Ditahan Edar Air Ketum

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 5:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Polis berjaya menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran air ketum di daerah ini sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, ketiga - tiga individu terbabit ditahan kira-kira jam 11.20 malam di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini kelmarin.

"Siasatan awal mendapati kegiatan pemprosesan air ketum itu dijalankan sejak empat bulan lalu dan diedarkan di sekitar Bandar Mahkota Cheras serta Kajang.

"Hasil soal siasat ke atas suspek terbabit, dipercayai daun ketum ini diperolehi suspek dari utara tanah air," katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas 70 bungkusan air ketum bernilai RM700 dan tiga kilogram (kg) daun ketum.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.

"Kesemua suspek warganegara termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun kini direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," ujarnya.

Mohd Zaid turut menasihatkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat jenayah di daerah ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Getaran, 21 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad