web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Bangladesh Sebar Info Harimau Ditahan, Zoo Negara Masih Membisu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2022 6:22PM

Seorang lelaki Bangladesh ditahan ketika polis menjalankan rondaan di Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Heights, semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai penemuan harimau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, pasukan polis berjaya menahan lelaki berusia 51 tahun itu ketika rondaan di Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Heights di sini.

"Suspek dipercayai individu yang memberi maklumat berhubung penampakan harimau di kawasan itu.

"Hasil semakan mendapati, suspek tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ditahan untuk tindakan lanjut," katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan ke atas warga Bangladesh itu turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah. 

Mohamad Farouk berkata, pihaknya turut membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Ia adalah susulan dakwaan dibuat seorang lelaki berusia 52 tahun yang menerima rakaman suara menerusi aplikasi WhatsApp, menceritakan mengenai penampakan Pak Belang itu di kawasan kejiranannya.

"Pengadu merasakan dakwaan tersebut tidak benar dan mendatangkan kegusaran serta kebimbangan kepada penduduk setempat, apatalah lagi setakat ini tiada bukti jelas mengenai penemuan haiwan liar terbabit,” katanya.

Sementara itu, pengurusan Zoo Negara masih membisu berhubung dakwaan seekor harimau yang terlepas dari premis berkenaan.

Cubaan Getaran untuk menghubungi individu bertanggungjawab gagal, apabila mereka tidak menjawab panggilan dibuat atau membalas pesanan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

 Ia sekali gus menimbulkan persoalan, apakah ada perkara yang mahu disembunyikan? 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, masih tiada perkembangan mengenai penampakan harimau di sekitar kawasan Kemensah.

"Pihak PERHILITAN masih belum menemui harimau seperti yang didakwa orang ramai, dan masih tiada perkembangan lain mengenai isu ini," katanya ringkas kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.  - Getaran, 21 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'