web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga, Ayam Habis, Peniaga Dan Pengguna Sama Terbeban

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 4:52PM

Menu berasakan telur turut dimasak dalam kuantiti lebih banyak bagi memenuhi permintaan pelanggan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga barangan basah, termasuk makanan asas ketika ini sememangnya membebankan pengguna.

Tinjauan Getaran di beberapa pasar raya di ibu kota di sini, hari ini mendapati majoriti harga sayur dan ayam lebih tinggi berbanding sebelum.

Menurut seorang peniaga nasi lemak, Irwan Nadar, 32, harga barangan basah terus naik walaupun tidak ketara.

Irwan Nadar
Irwan Nadar

“Sebelum ini saya beli timun dalam anggaran RM2 hingga RM3 sekilogram namun kini harganya mencecah RM4 sekilogram.

“Malah kacang tanah dan cili kering turut naik harga, mungkin orang ramai yang sekali-sekala membelinya tidak perasan, tetapi saya sedar kerana ia antara bahan utama untuk nasi lemak, memang harga kedua-dua bahan ini sudah meningkat,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan harga ayam secara mendadak turut memberi kesan kepada perniagaannya.

“Dengan bekalan ayam yang tidak cukup, lagilah terbeban saya dibuatnya sebab saya menjual empat jenis lauk berasaskan ayam. Kerana kekurangan bahan mentah ini, pagi tadi saya buat dua lauk sahaja.

“Saya tidak mampu untuk membeli bekalan barangan setiap minggu, dan lauk bagi perniagaan saya turut kurang sebab harga ayam yang mahal dan bekalan yang tidak cukup,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Liew Siew Meng, 67, berkata, kenaikan harga barang memang ketara ketika ini namun pengguna tidak mempunyai sebarang pilihan.

Liew Siew Meng
Liew Siew Meng

“Saya perasan harga cili padi sebelum ini RM18 sekilogram tetapi kini mencecah RM25 sekilogram, selain sayuran lain seperti pegaga.

“Selain itu, harga barang kering seperti rempah ratus, bahan-bahan sup seperti fucuk, suhun, turut terkesan. Saya selalu membeli barangan itu, jadi saya dapat rasa harganya sudah berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pemilik perniagaan katering, Zainal Abidin Rahmat, 63,  berkata, situasi harga yang tidak terkawal ini pasti menyebabkan ada golongan terbeban.

Zainal Abidin Rahmat
Zainal Abidin Rahmat

“Dalam musim perayaan seperti sekarang, ramai yang berbelanja untuk mengadakan rumah terbuka atau menjemput tetamu ke rumah.

“Dengan situasi harga yang tidak terkawal ini, mungkin ada golongan terbeban, jadi mereka perlu pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak ‘kering’ di hujung bulan,” katanya.

Sementara itu tinjauan Getaran mendapati, bekalan ayam yang tiba di beberapa pasar raya tidak berupaya memenuhi permintaan pengguna.

Peniaga merasakan kenaikkan harga sayur. - Gambar oleh Syeda Imran
Peniaga merasakan kenaikkan harga sayur. - Gambar oleh Syeda Imran

Seorang pekerja pasar raya yang enggan dikenali berkata, sejak semalam bekalan ayam lambat sampai ke premis, malah kuantiti juga tidak mencukupi.

Dalam perkembangan berkaitan, pemerhatian di beberapa premis makanan sekitar Jalan Ipoh mendapati, masalah berkenaan turut menjejaskan menu berasaskan ayam.

Seorang pemilik restoran berkata, bekalan ayam hari ini tiba lewat dari kebiasaan, susulan terdapat pasar raya yang langsung tidak mempunyai stok ayam standard.

“Selalunya bekalan ayam akan sampai sekitar 9 pagi, namun hari ini bekalan sampai pada jam 11 pagi dengan kuantiti yang lebih sedikit berbanding biasa.

“Justeru, menu berasakan ayam hari ini ada dua jenis sahaja, iaitu ayam goreng dan kari,” katanya.

Harga tepung dipaparkan dalam tinjauan harga barang di sebuah pasaraya. - Gambar oleh Syeda Imran
Harga tepung dipaparkan dalam tinjauan harga barang di sebuah pasaraya. - Gambar oleh Syeda Imran

Masalah sama turut dialami seorang peniaga nasi campur Cina yang terpaksa mengehadkan jenis lauk berasaskan ayam kerana peningkatan harga mendadak.

“Harga ayam sangat mahal buat masa ini, jadi kedai kami masak dua menu ayam sahaja dan lauk lain berasaskan daging lembu, daging babi, ikan dan tofu.

“Menu berasakan telur turut dimasak dalam kuantiti lebih banyak bagi memenuhi permintaan pelanggan yang biasa dengan menu harian kami,” katanya.

Peniaga yang enggan dikenali itu berkata, dia gagal membeli ayam segar sejak seminggu lalu berikutan kehabisan bekalan di pasaran.

“Sejak seminggu lalu saya dapati banyak gerai menjual ayam kehabisan stok sebelum jam 12 tengah hari.

“Saya kecewa kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku menyebabkan terpaksa membeli daging dan ikan yang lebih mahal,” keluhnya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang