web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Industri, Penternak Jamin Bekalan Ayam Mencukupi Setiap Hari - MAFI

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 May 2022 2:14PM

Ronald Kiandee - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 pemain industri dan persatuan penternak memberi jaminan serta komitmen untuk terus membekalkan ayam bagi keperluan pasaran tempatan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, komitmen itu disuarakan melalui sesi libat urus antara Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee bersama pihak industri, semalam.

Sesi libat urus itu dihadiri 12 pihak berkenaan, seperti Leong Hup Poultry Farm Sdn Bhd, HLRB Broiler Farm Sdn Bhd, PWF Corporation Bhd, Federation of Livestock Farmers’ Association of Malaysia (FLFAM) dan Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS).

Menurut MAFI, pada pertemuan berkenaan, isu berkaitan pemberian subsidi ayam melalui Jabatan Veterinar Malaysia (DVS) kepada penternak turut dibincangkan.

“DVS akan terus mempermudah dan mempercepatkan proses tuntutan subsidi penternak ayam, bagi merancakkan aktiviti pengeluar makanan ke arah meningkatkan pengeluaran domestik.

“Malah, MAFI sebelum ini pun sudah mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam,” katanya.

Jelas MAFI, tindakan susulan juga sedang diambil dengan menggerakkan lebih ramai pegawai ke peringkat negeri bagi menyegerakan semakan permohonan.

Katanya, melalui penetapan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 setiap kilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta menerusi Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) dilaksanakan sejak 5 Februari lalu, ia bertujuan mengatasi beban kos pengeluar ayam yang kian meningkat.

“Bagaimanapun, hanya RM50 juta subsidi sudah dibayar setakat ini.

“Justeru, semua penternak yang memenuhi syarat diminta untuk kemukakan permohonan supaya tuntutan dapat disalurkan dalam tempoh dijanjikan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, MAFI berkata, pihaknya akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan pihak industri yang memainkan peranan penting serta terbabit secara langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam, bagi memastikan kelangsungan pengeluaran kekal terjamin.

Tambahnya, kerajaan juga tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyorok, menyimpan atau melakukan sabotaj terhadap bekalan ayam di pasaran, sehingga boleh menjejaskan kehidupan rakyat.

“MAFI sentiasa memandang serius sebarang perkara yang mengancam sekuriti makanan negara dan akan terus mengambil tindakan sewajarnya, bagi memastikan bekalan makanan negara terus kekal terjamin demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahu Pastikan Malaysia Cukup Bekalan Ayam? Utamakan 6 Perkara Ini...

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lambakan Ayam Bukti Kartel Masih Berkuasa - Asyraf Wajdi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Persatuan Jamin Kenaikan Harga Ayam Tidak Terlalu Tinggi Bermula 1 Julai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global