web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Hiburan Diserbu, 8 Individu Ditahan Bersama Botol Arak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 4:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan individu termasuk dua wanita warga asing ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan berhampiran Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kesemua individu berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan dalam operasi pada jam 10.25 malam.

“Hasil serbuan di pusat hiburan berkenan, pihak polis menahan seorang lelaki warga tempatan, iaitu lima lelaki dan dua wanita warga asing.

“Seramai 134 pengunjung pusat hiburan berkenan turut diperiksa ketika operasi terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas tujuh botol minuman keras pelbagai jenama dan beberapa barangan elektronik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seskyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959 (Pin 2002),” ujarnya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan. - Getaran, 24 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

LHDN Nafi ‘Serbuan’ Di Kediaman Hamzah Bermotifkan Politik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global