web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenaikan Tambang E-Hailing: Tindakan Benar Penyedia Tetap Caj Umpama ‘Lepas Tangan’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 8:51PM

Prof Datuk Dr N Marimuthu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan membenarkan pengendali e-hailing (EHO) menetapkan struktur tambang berdasarkan formula dan syarat perkhidmatan secara sendiri, disifatkan sebagai ‘lepas tangan’ dalam isu kenaikan caj servis dikenakan pengendali pengangkutan awam tersebut.

Bercakap kepada Getaran, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Dr N Marimuthu berkata, walaupun beliau bersetuju dengan konsep umum pasaran bebas seperti ditetapkan kerajaan itu, ia akan menjadi sia-sia jika harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat.

“Memang wajar, kalau dikatakan pasaran bebas adalah bagi memastikan harga kekal kompetitif dalam kalangan semua pemain industri, tetapi isunya dalam hal tambang e-hailing ini, harga hanya semakin meningkat.

“Malah saya sendiri sebagai pengguna perkhidmatan Grab selama enam tahun, berasa harga tambang kini naik dua kali ganda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak harus membenarkan EHO menguasai ketetapan struktur tambang berdasarkan formula sendiri.

Katanya, sekurang-kurangnya kerajaan boleh menyelia atau menghadkan kadar penetapan tambang perkhidmatan terbabit.

“Ketika situasi tidak terkawal seperti hari ini, maka wajarlah kerajaan bertindak. Tujuan utama mempunyai menteri dan kerajaan adalah untuk campur tangan apabila perlu. Jika tidak, lebih baik kita tidak perlukan kerajaan.

“Sekiranya mereka terus mencari pasaran bebas, apa gunanya kita mempunyai kerajaan dan menteri untuk mengawasinya? Kalau sebegini keputusan kerajaan untuk mengendali isu ini, nampaknya kita tidak perlukan menteri,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Dr Marimuthu berkata, jika kerajaan memutuskan untuk membenarkan konsep umum pasaran bebas, lebih banyak peluang kepada pemain industri di luar sana harus ditawarkan.

“Kalau kerajaan masih teguh untuk konsep umum pasaran bebas, mereka (kerajaan) kena memberi lebih banyak lessen kelulusan kepada syarikat lain untuk menawarkan perkhidmatan e-hailing ini.

“Ini kerana dengan adanya banyak perkhidmatan e-hailing, harganya turut kekal kompetitif dalam kalangan semua pemain industri dan ada peluang untuk tambang menurun,” cadangnya. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rangka ‘Blue Print’, Tubuh Badan Khas Kawal Selia Pekerja E-Hailing, P-Hailing

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Keselamatan Sosial Pekerja E-Hailing, Kerajaan Rancang Wujud Akta - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakej Perpaduan Prabayar Bantu Golongan Sasar Tingkat Pendapatan - Persatuan Pengguna

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini