web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktiviti Tidak Bermoral, 2 Rumah Urut Disita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 5:13PM

2 anggota DBKL menyita 2 premis kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah. - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua rumah urut disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam serbuan berasingan di Taman Connaught, Cheras dan Jalan Klang Lama semalam. 

Jurucakap DBKL berkata, kedua-dua premis berkenaan dikesan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.

"Ketika serbuan pertama sekitar jam 9 malam semalam di Taman Connaught, terdapat empat pekerja warga Vietnam bersama seorang penjaga tempatan dan tiga pelanggan berada dalam premis.

"Siasatan mendapati premis berkenaan menjalankan aktiviti rumah urut tanpa kebenaran DBKL,” katanya.

Menurut jurucakap itu, serbuan kedua ke atas premis di Jalan Klang Lama juga mendapati ia beroperasi tanpa kebenaran.

Katanya, kedua-dua premis terbabit disita mengikut mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

DBKL, tambah jurucakap itu, turut mengeluarkan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil (UKK) 3(1) UKK Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016 ke atas kedua-dua premis.

"Ketika serbuan hanya penjaga premis berada di dalam premis manakala pekerja sudah tiada di lokasi.

“Siasatan mendapati terdapat unsur aktiviti tidak bermoral yang turut dijalankan di premis berkenaan,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini