web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemuda Maut Langgar Kereta Berhenti Di Lorong Kecemasan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 8:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam nahas di Kilometer 299.8 Lebuh Raya PLUS arah Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Mangsa yang berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, kemalangan pada jam 8.45 pagi itu berlaku apabila pemuda terbabit melanggar sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan petrol.

Menurut beliau, mangsa yang datang dari arah Seremban dan menunggang motosikal jenis Honda Wave tercampak ke sebelah kanan jalan, sebelum dilanggar sebuah lori.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital terdekat bagi proses bedah siasat dan akan dijalankan selepas mendapat keputusan ujian COVID-19.

“Siasatan lanjut kes sedang dilakukan pihak polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

Mohd Zaid berkata, orang ramai serta saksi bebas yang melihat kemalangan atau mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi mana-mana Balai Polis berhampiran.

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor  Somasureshan A/L Munusamy  (Pegawai Penyiasat Trafik di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang) di talian 016-4915193 atau 03-89114262).

“Pihak polis sentiasa mengingatkan supaya pengguna jalanraya mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu secara berhemah terutama pada waktu hujan,” ujarnya. - Getaran, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang