web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenaikan Caj E-Hailing, Seragamkan Tambang, Bubar APAD Elak Pengguna Terbeban

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2022 2:42PM

Kadar tambang teksi ditentukan oleh kerajaan berdasarkan kepada penilaian tertentu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyeragamkan semua perkhidmatan e-hailing, termasuk teksi dan kereta sewa bagi mengatasi isu kenaikan harga tambang yang semakin melampau.

Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pihaknya turut meminta kerajaan supaya menyelaraskan harga tambang semua perkhidmatan pengangkutan awam itu.

“Kami sedar Kementerian Pengangkutan (MOT) jelas menyatakan bahawa syarikat e-hailing berkonsepkan ‘pasaran terbuka’ industri, yang dicirikan oleh bekalan dan permintaan untuk menentukan kadar tambang, namun ianya tidak adil kepada semua pihak.

“Kalau semuanya di tangan syarikat yang menentukan walaupun pengguna, iaitu rakyat biasa menanggung beban, apa gunanya ada kerajaan serta MOT di sini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan boleh  mengawal tambang teksi, sepatutnya mereka turut ‘masuk campur’ dalam menetapkan harga tambang perkhidmatan e-hailing.

Teksi-teksi menunggu pelanggan di sekitar ibu kota. - Gambar oleh Alif Omar
Teksi-teksi menunggu pelanggan di sekitar ibu kota. - Gambar oleh Alif Omar

Katanya, beberapa peraturan harus diperkenalkan terhadap perkhidmatan e-hailing, antaranya berkaitan kadar komisyen dan tambang, supaya ia tidak membebankan rakyat. 

“Tambang teksi yang ditentukan oleh kerajaan hasil daripada penilaian segala kos, terpaksa ditanggung pemandu dan tidak membebankan penumpang.

“Kadar tambang e-hailing pula tidak dikawal dan diserah bulat-bulat kepada syarikat pengendali untuk menentukannya.

“Kesudahannya, syarikat pengendali e-hailing ini akan ‘mencekik darah’ penumpang dengan harga tidak patut lagi-lagi pada musim perayaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau meminta kerajaan supaya membubarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang didakwa tidak melakukan tanggungjawabnya dengan baik.

“Kerajaan boleh membubarkan APAD, kerana ianya tidak berfungsi lagi, jika perkhidmatan e-hailing boleh menentukan harga mereka sendiri.

“Sepatutnya fungsi APAD adalah bagi memastikan perkhidmatan awam lebih cekap, berkesan, responsif dan efisen, namun ianya kini tidak berfungsi seperti itu,” ujarnya.

Shamsubahrin berkata, ketika ini pelbagai masalah timbul dan pihak APAD hanya mendiamkan diri serta tidak tampil untul memberi penyelesain yang seharusnya. - Getaran, 27 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang