web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tapir Malaya Terancam, Puluhan Mati Dilanggar Kenderaan Setiap Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 9:38PM

Statistik menunjukkan bilangan Tapir Malaya yang masih ada di Semenanjung dianggarkan kurang daripada 1,500 ekor. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes kematian Tapir Malaya yang dikategorikan sebagai haiwan terancam akibat dilanggar kenderaan, semakin meningkat dan membimbangkan setiap tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sehingga hari ini, statistik menunjukkan bilangan Tapir spesis itu yang masih ada di Semenanjung dianggarkan kurang 1,500.

“Hanya dengan bilangan kira-kira 1,100 hingga 1,500 ekor, ia menjadikan satu-satunya spesies tapir yang ada di Asia itu kini dikategorikan terancam.

“Kebanyakan populasinya wujud di kawasan yang dilindungi dalam hutan,” katanya ketika dihubungi Getaran,.

Abdul Kadir berkata, bagi tahun lalu sahaja, 24 ekor Tapir Malaya dilaporkan mati akibat dilanggar di jalan raya.

Katanya, sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, sebanyak 92 ekor Tapir Malaya mati disebabkan indisen terbabit di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.

“Selain jenayah hidupan liar, isu lain seperti konflik hidupan liar dengan manusia dan kematian akibat kemalangan jalan raya (roadkill), kini menjadi masalah utama yang masih sukar diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan kes kematian Tapir Malaya akibat kemalangan jalan raya yang semakin meningkat itu membimbangkan, walaupun kerajaan menyediakan kemudahan laluan hidupan liar (viaduct).

Jelasnya, papan tanda amaran lintasan hidupan liar yang turut dipasang, terutama di kawasan berpotensi tinggi berlaku kemalangan membabitkan haiwan itu, bertujuan menangani insiden berkenaan, turut tidak berkesan.

Menurut Abdul Kadir, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang bertanggungjawab dalam usaha melindungi spesis haiwan terancam, komited melaksanakan pelbagai usaha, termasuk mempergiatkan konservasi Tapir Malaya secara ‘in-situ’ dan ‘ex-situ’ bagi memastikan kelangsungan spesies terbabit.

“Initiatif  perlindungan dan penguatkuasaan biodiversiti (BP3) membabitkan Program Operasi Bersepadi Khazanah (OBK) dan Veteran angkatan Tentera-Orang Asli (VetOA) turut dilaksanakan.

“Aktiviti utama program ini adalah menjalankan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi menghalang pencerobohan habitat dan pemburuan hidupan liar secara haram.

“PERHILITAN turut melaksanakan pengurusan secara ex-situ untuk membiakkan tapir yang bertempat di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungai Dusun, Selangor,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Abdul Kadir berkata, Tapir Malaya yang dikategorikan satu daripada lima spesis tapir utama terbesar di dunia adalah hidupan liar dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Tegasnya, di peringkat antarabangsa, Tapir Malaya adalah spesies terancam dalam senarai International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species dan Red list of Mammals for Peninsular Malaysia 2017.

''Jabatan PERHILITAN komited melaksanakan strategi dan pelan tindakan untuk memulihara hidupan liar, terutama tapir di dalam negara.

“Usaha ini merangkumi berbagai aspek penguatkuasaan perundangan, pengurusan kawasan perlindungan, penyelidikan in-situ dan ex-situ, kesedaran biodiversiti serta inisiatif lain berkaitan hidupan liar dalam bidang penyelidikan serta forensik bagi menambahkan bilangan tapir ini.

“Namun, kesedaran orang ramai juga penting bagi membantu kerajaan melaksanakan usaha konservasi hidupan liar dalam negara, terutama spesis unik terancam ini,” katanya.- Getaran, 27 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini