web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempah Pondan Dan Bakar Bunga Api, Instafamous Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 6:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tindakan seorang selebriti media sosial (instafamous) menempah sekumpulan penari pondan dan membakar bunga api sehingga mengganggu orang awam bagi sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Centralwalk I-City di sini membawa padah apabila dia ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan ke atas suspek adalah susulan kepada laporan polis dibuat Badan Pengurusan Bersama (JMB).

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 27 Mei, sekitar jam 8 hingga 11.30 malam apabila sekumpulan pondan membuat tarian separuh bogel, diikuti muzik yang kuat serta pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

“Penganjur (suspek) dikenali sebagai Cik Lala adalah individu yang menyewa unit terbabit dengan kos RM4,000 untuk sambutan Hari Raya dengan jemputan kira-kira 50 kenalan,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua aktiviti berkenaan dianjurkan instafamous tersebut.

“Pihak JMB membuat laporan polis 28 Mei lalu selepas mendapat mesej menerusi ‘WhatsApp’ yang memaklumkan mengenai acara terbabit.

“Tangkapan dibuat kerana selain menyebabkan gangguan kepada orang awam, aktiviti tidak bermoral itu dikhuatiri mencemari lokasi berkenaan yang merupakan tempat tumpuan pelancong di negeri ini,” katanya.

Mohd Iqbal memberitahu, suspek direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut dan polis juga  bakal melakukan beberapa lagi tangkapan.

“Suspek yang berpakaian seperti wanita ditahan di lokap lelaki namun ditempatkan dalam sel berasingan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes diminta menghubungi Inspektor Nur Syuhada menerusi talian 017-6942736. - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 9 bulan yang lalu

Immersive Winterland, Tarikan Terbaharu Di i-City Shah Alam

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Orang Ramai Boleh Beri Penghormatan Di Muzium Lilin I-City

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

i-City Labur RM10 Juta Tambah Baik Taman Tema Dengan 3D Metaverse

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang