web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Bantuan Musim Tengkujuh Bantu Pekebun Terjejas - RISDA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2022 6:50PM

Mohd Salim berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM191 juta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan Program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi memastikan masyarakat luar bandar dapat berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengerusi RISDA Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM191 juta, khusus kepada pekebun kecil dan penoreh getah berkelayakan yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh.

“Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada 232,319 pekebun kecil dan penoreh getah yang mempunyai keluasan kebun antara 0.1 hingga 2.5 hektar.

“Setiap penerima bantuan akan menerima RM600 setiap seorang bantuan yang dibahagikan kepada dua peringkat iaitu RM300 pada November dan baki RM300 pada Disember tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi memastikan golongan sasar menerima bantuan pada tempoh ditetapkan, permohonan BMT 2022 telah dibuka mulai Mei ini hingga 15 September nanti.

Dalam perkembangan lain, Mohd Salim berkata, RISDA meletakkan sasarqn 500,000 ayam daging organik pada setiap tuaian.

“RISDA mampu membantu kerajaan mengatasi isu bekalan ayam, kita akan bekerjasama dengan MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan).

“RISDA akan menguruskan ladang ternakan ini dan kita merancang menghasilkan ayam yang lebih sihat, halal dan bersih untuk keperluan rakyat dengan harga berpatutan melibatkan peladang dan pekebun,” ujarnya. - Getaran, 30 Mei 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global