web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berang Dituduh Mencuri, Penganggur Ugut Guna Pisau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 7:36PM

ACP Mohamad Farouk Eshak - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara ditegur kerana mencuri duit ibu sendiri, seorang penganggur mengamuk menggunakan pisau di gerai makan dekat Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya, tengah malam semalam.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 32 tahun itu berjaya ditahan berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada seorang jurujual komputer berusia 36 tahun yang menjadi mangsa amukan lelaki tersebut.

Menurut beliau, suspek mengamuk dan mengacukan pisau pemotong sayur kepada mangsa kerana ditegur supaya tidak mencuri wang ibunya.

“Setengah jam selepas menerima laporan berhubung kejadian, polis berjaya menahan suspek di Jalan Pandan Indah 4/5 dan merampas sebilah pisau dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Suspek yang mempunyai lapan rekod lampau untuk kesalahan berkaitan dadah dan jenayah telah ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini,” katanya hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi