web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Naikkan Cukai Tembakau, Produk Sehingga 70 Peratus, Bantu Henti Tabiat Merokok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 May 2022 7:58PM

Dr Lekhraj berkata hasil cukai itu boleh digunakan untuk membiayai usaha menghentikan tabiat merokok. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menaikkan cukai tembakau dan hasilnya sehingga 70 peratus, seperti disyorkan Bank Dunia dalam melaksanakan peruntukan di bawah Konvesyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC).

Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Profesor Datuk Dr Lekhraj Rampal berkata, hasil cukai itu boleh digunakan untuk membiayai usaha menghentikan tabiat merokok, termasuk membekalkan perubatan terapi gantian nikotin (NRT) sebagai insentif kepada golongan perokok.

“Dengan mengenakan cukai tinggi, kerajaan boleh menggunakan hasil yang dikutip daripada cukai tembakau dan produk berkaitan, sekali gus membantu usaha pencegahan serta mengurangkan penggunaan tembakau dalam kalangan perokok dewasa,” katanya semasa berucap di majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022 di Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) (SJKC) Choong Wen, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan juga harus menimbangkan larangan ke atas semua bentuk iklan tembakau dan produk berasaskan tumbuhan itu sebagai inisiatif mengurangkan dorongan merokok.

“Kerajaan harus teliti dan mengharamkan serta merta semua produk rokok elektronik (vape) yang menjadi ikutan golongan remaja seluruh negara termasuk wanita,” ujarnya.

Katanya, langkah mempercepatkan pelaksanaan pelesenan produk tembakau yang tertangguh sejak 2011 juga mampu mengurangkan penjualan bahan berkenaan.

“MCTC turut menggesa kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok yang dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti, khusus untuk individu dilahirkan selepas 2005.

“Undang-undang baharu itu akan menjadi pengakhiran kepada aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia yang akan datang,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global