web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Premis Perniagaan Diserbu, 329 Suplemen Kesihatan Tak Berdaftar Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 8:32PM

Pegawai-pegawai JKNS, CPF menjalankan operasi di premis tersebut di Kajang. - Gambar dari FB JKNS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 329 produk suplemen kesihatan yang tidak didaftar dirampas Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi serbuan ke sebuah premis perniagaan di Kajang, Selasa lalu.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata operasi serbuan dilancarkan Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS hasil aduan orang ramai.

“Sebahagian daripada 329 jenis produk yang tidak didaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan (KKM) dianggarkan bernilai RM295,000.

“Siasatan awal mendapati kesemua produk berkenaan diiklankan untuk jualan melalui sebuah platform e-Dagang terkenal dengan dakwaan ia berdaftar dengan KKM,” katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika sabit kesalahan Dr Sha’ari berkata, pemilik premis boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

“Orang ramai, dinasihat supaya sentiasa berhati-hati ketika membeli produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian dengan memastikannya mematuhi keperluan undang-undang.

“Semakan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik boleh dibuat dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400,” ujarnya.

Sebarang aduan berkaitan produk seumpamanya boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman http://www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my atau mana-mana cawangan Bahagian Perkhidmatan Farmasi. - Getaran, 2 Jun 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka