web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Diminta Permudah Akses OKU Tunai Hak Mengundi - BERSIH  

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 3:48PM

BERSIH 2.0 mahu kemudahan untuk OKU mengundi diperkasakan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dan hak mengundi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemudahan dan kebolehcapaian orang kurang upaya (OKU) bagi melaksanakan hak mengundi di negara ini masih kurang serta harus diperkasakan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH 2.0), Ngeow Chow Ying berkata, akses bagi golongan itu untuk menerima atau mencari sebarang maklumat, khususnya mengenai hak asasi dan hak mengundi masih tidak dipermudahkan.

Malah, katanya, mereka hanya bergantung kepada sumber dipercayai seperti ahli keluarga sendiri.

“Walaupun terdapat Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak OKU, peruntukannya tidak spesifik yang boleh dirujuk jika berlaku diskriminasi terhadap golongan ini.

“Rakyat di negara ini cenderung untuk bersikap negatif terhadap OKU, malah kepentingan undi dan suara golongan terbabit kurang diambil berat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Forum Akses Orang Kurang Upaya di Malaysia di sini, hari ini.

Ngeow Chow Ying
Ngeow Chow Ying

Menurut Chow Ying, pelbagai cabaran tambahan dihadapi OKU bagi melaksanakan hak mengundi mereka, termasuk kemudahan mengakses maklumat mengenai PRU dan jangka tempoh yang pendek bagi golongan itu untuk mengundi awal.

Katanya, sistem undi awal perlu ditambah baik dan diluaskan kepada pengundi OKU di luar negeri asal mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi, seperti dari Sabah atau Sarawak yang bekerja di Semenanjung.

“Pengundi juga boleh mengundi di pusat pengundian berpusat di negeri diduduki untuk bekerja atau belajar. BERSIH mencadangkan agar sistem ini diperkenalkan secara berperingkat dengan dimulakan membabitkan pengundi Sabah dan Sarawak yang berkerja di Semenanjung serta sebaliknya,” ujarnya.

Tambah beliau, undi pos perlu dibenarkan kepada pengundi dalam kalangan OKU yang mempunyai masalah kesihatan serius sehingga tidak dapat hadir ke pusat pengundian.

Pengundi yang ingin mengundi melalui undi pos pula katanya, harus disahkan kesihatan mereka oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, pihak pegawai dan sukarelawan bertugas hendaklah cekap mengendalikan OKU yang mengalami pelbagai kekurangan upaya kerana pergerakan mereka adalah terbatas.

Keterbatasan itu, katanya, boleh menjejaskan hasrat mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi.

“Hak mengundi adalah hak sama rata menurut Perkara 8(1) dan (2) di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Ianya menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan saksama dan tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara, semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina serta kekurangan dialami,” ujarnya. - Getaran, 4 Jun 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'