web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Termasuk Wanita Diberkas Disyaki Curi Sport Rim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 5:09PM

Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian rim kereta di Jalan Merdeka 3 Industri Park, Ampang, pada 24 Mei lalu. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu, termasuk seorang wanita warga tempatan yang disyaki terbabit kes kecurian rim kereta di Jalan Merdeka 3 Industri Park, Ampang, Selangor pada 24 Mei lalu, diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya berjaya menangkap tiga suspek terbabit yang berusia 23 hingga 33 tahun berhubung kes sama.

“Pada 17 Mei lalu jam lebih kurang pukul 7 malam, seorang pekerja bengkel kenderaan meletakkan kereta milik pelanggan jenis Honda Accord di belakang premis itu di Jalan Merdeka 3, Industri Park dalam keadaan baik.

“Namun pada 24 Mei lalu semasa pengadu (pekerja) hendak membuka bengkel itu sekitar pukul 9 pagi, dia terkejut selepas mendapati keempat-empat tayar dan ‘sport rim’ kereta pelanggannya hilang, sebelum segera tampil membuat laporan polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek pertama ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam operasi bermula jam 5 petang pada Jumaat lalu, selepas menerima aduan daripada mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.

Katanya, hasil soal siasat terhadap tangkapan pertama, pihak polis memberkas dua lagi suspek, termasuk seorang wanita warga tempatan di Batu 3, Jalan Cheras pada hari sama.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mereka berjaya membawa kepada rampasan tiga telefon bimbit dan dua kereta jenis Proton Wira yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Turut dirampas, satu tayar bersama sport rim yang dipercayai hasil jenayah suspek,” ujarnya.

Menurut Mohamad Farouk, semakan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek memiliki rekod jenayah lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Kini kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Selasa untuk siasatan di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan,” tegasnya. - Getaran, 4 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang