web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


50,000 Penumpang Pengangkutan Awam Rapid KL Bakal Terima Pelan Insurans Percuma

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 7:30PM

Mohd Azharuddin (tengah kiri) bersama Lee bergambar ketika majlis Majlis Pelancaran Kempen ‘Selesa & Selamat’ bersama Rapid KL, di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima puluh ribu penumpang pengangkutan awam bakal menerima Pelan Perlindungan Hospital (HPP) secara percuma selama tiga bulan, menerusi kempen Selesa dan Selamat Bersama Rapid KL.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, kempen yang turut dikenali sebagai 2S dan melibatkan kerjasama American International Group Malaysia Insurance Berhad (AIG) itu diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negara ini menggunakan khidmat pengangkutan awam.

“Sebelum pandemik, Kumpulan PRASARANA menerusi Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan mencatatkan jumlah penumpang rel dan bas di seluruh Malaysia sebanyak 1.2 juta sehari dan akibat perintah kawalan pergerakan, jumlah penumpang telah menurun sebanyak 90 peratus.

“Namun, selepas negara beralih ke fasa endemik dan pembukaan sempadan dilaksanakan, bilangan itu kembali mencatat peningkatan yang memberangsangkan apabila mencatatkan jumlah purata 670,000 penumpang pada hari bekerja,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Selesa & Selamat’ bersama Rapid KL, di sini hari ini.

Menurut beliau, kadar itu dijangka meningkat kepada 70 peratus menjelang akhir tahun nanti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AIG Malaysia, Antony Lee berkata, pelan HPP itu akan diberikan kepada penumpang  awal yang berjaya memohon dan mendaftar menerusi aplikasi mudah alih PULSE bermula 16 Jun nanti.

“Ia terbuka kepada semua penumpang warganegara tempatan berusia 18 hingga 60 tahun yang menggunakan pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL.

“Permohonan perlu dibuat menggunakan mana-mana pas Rapid KL, seperti pas My50 perjalanan tanpa had selama 30 hari, pas MyCityBus atau pas Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelan berkenaan membolehkan pemegang polisi menerima elaun tunai harian berjumlah RM50 sehari jika dimasukkan ke hospital sehingga dua minggu atau 14 hari akibat penyakit berjangkit tertentu.

“Polisi berkenaan merangkumi 14 jenis penyakit berjangkit termasuk COVID-19 serta tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Ia adalah inisiatif yang sangat istimewa untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam darat, khususnya mereka yang bekerja di sekitar Lembah Klang,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT - Ahmad Zahid

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tambang Percuma OKU Untuk Semua Perkhidmatan PRASARANA Mulai 1 Februari - Loke

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka