web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MPOGCF Komited Bersih, Perkasa Imej Malaysia Berkaitan Industri Minyak Sawit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 9:03PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) terus komited menyokong dan menjaga inisiatif pemuliharaan alam sekitar, hidupan liar dan amalan mampan berkaitan industri minyak sawit, bagi memelihara nama baik negara.

Pengurus Besar MPOGCF, Zamakhshari Muhamad berkata, pihaknya sentiasa berusaha membersihkan imej Malaysia daripada dakwaan negatif yang tular di luar negara mengenai pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar di negara ini.

“Matlamat penubuhan MPOGCF ini adalah bagi memastikan usaha pemuliharaan biodiversiti dan hidupan liar di Malaysia disebarluas untuk membersihkan imej negara, selain membuktikan industri sawit adalah mampan.

“Walaupun kita tahu, serangan terhadap minyak sawit ini sebenarnya adalah untuk melindungi kepentingan minyak sayuran lain, tetapi berselindung di sebalik isu kesihatan, alam sekitar dan kemampanan,” katanya pada Majlis Hi-Tea bersama media di sini, hari ini.

Zamakhshari Muhamad
Zamakhshari Muhamad

Beliau berkata, usaha membuktikan Malaysia tidak menjejaskan alam sekitar demi industri sawit, perlu diperkukuhkan bagi menangkis dakwaan berniat untuk menjatuhkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Katanya, kerjasama dari semua pihak, termasuk badan bukan kerajaan, amat diperlukan bagi melindungi dan memperkasakan industri minyak sawit yang menjadi penyumbang keempat terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“MPOGCF menjadi sebuah entiti baharu yang menyokong pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar, malah menjaga amalan mampan yang berkaitan dengan serta dalam industri minyak sawit Malaysia.

“Pelbagai projek dan inisiatif pemuliharaan biodiversiti serta hidupan liar yang dimulakan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) melalui Malaysian Palm Oil Wildlife Conservation Fund (MPOWCF) sudah diambil alih dan kini diteruskan MPOGCF,” ujarnya.

Tambah beliau, antara program dilaksanakan pihaknya adalah Program Konservasi Harimau Malaya dan Borneo Elephant Sanctuary di Kinabatangan, Sabah serta penajaan ‘Wildlife Rescue Unit’ Sabah. - Getaran, 9 June 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

 MoU Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf Tingkat Pembelian Minyak Sawit - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Aktiviti Pemburuan Lebih Jejaskan Biodiversiti, TPM Fadillah Selar Lobi Antiminyak Sawit

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Pensijilan MSPO Sentiasa Berkembang, Bertambah Baik - Fadillah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

TPM Fadillah Yakin Mesyuarat Mengenai EUDR Akan Membuahkan Hasil  

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah