web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Kelirukan Umat Islam, Bon Odori Tidak Jejas Akidah Selagi…

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 9:03AM

Gambar fail pada 2019 ini menunjukkan sambutan Festival Bon Odori yang diadakan di Shah Alam, sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Diraikan secara tahunan sejak 1977 di Malaysia, Festival Bon Odori bukan sahaja memiliki kumpulan peminat tempatan yang menggemari tarian dan kesenian unik berasal dari Jepun itu, malah ia memperkukuh serta mempromosikan hubungan baik antara masyarakat kedua-dua negara menerusi kebudayaan.

Maka tidak hairan apabila setiap kali diadakan di beberapa negeri, khususnya Selangor, festival itu sememangnya menerima sambutan cukup menggalakkan dengan majoriti pengunjung, sama ada lelaki atau wanita hadir mengenakan pakaian tradisional Jepun, terutama Kimono sebagai tanda sokongan untuk memeriahkan acara.

Acara ‘warna-warni’ itu menyaksikan pelbagai aktiviti disusun, seperti tarian, permainan instrumen muzik dan gerai barangan serta makanan berasal dari negara matahari terbit berkenaan.

Diraikan secara tahunan sejak 1977 di Malaysia, Festival Bon Odori ini dipenuhi dengan acara 'warna-warni' dan persembahan kebudayaan dari Jepun. - Gambar AFP
Diraikan secara tahunan sejak 1977 di Malaysia, Festival Bon Odori ini dipenuhi dengan acara 'warna-warni' dan persembahan kebudayaan dari Jepun. - Gambar AFP

Namun, selepas dua tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19 dan kembali berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Selangor pada 16 Jun ini, wujud pula cerita tidak enak diperkatakan mengenai acara tradisi itu.

‘Ada unsur keagamaan lain dan umat Islam tidak patut menyertai Bon Odori kerana boleh membawa kepada syirik’ adalah antara kata-kata beberapa pihak yang dilemparkan terhadap acara terbabit sehingga mula mencetuskan kebimbangan, selain perdebatan masyarakat.

Dr Abdul Rahman Osman
Dr Abdul Rahman Osman


Bagaimanapun, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas isu terbabit berkata, umat Islam tidak sewajarnya dihalang menyertai Bon Odori selagi festival itu tiada kaitan dengan agama dan tidak boleh menjejaskan kepercayaan terhadap Islam.

Malah, katanya, acara itu menjurus kepada aktiviti kebudayaan dan komersial, berbanding keagamaan.

“Kita harus sedar bahawa Malaysia adalah negara Islam yang mementingkan hukum agamanya, namun pada masa sama, ia memiliki masyarakat berbilang kaum.

“Jadi sebarang perayaan atau acara agama lain selagi tidak menyebabkan syirik dan tiada ikutan unsur keagamaan lain, tidak ada masalah bagi umat Islam menyertainya, ia terpulang kepada individu, diri masing-masing,” katanya kepada Getaran.

Abdul Rahman berkata, sekiranya acara itu tidak mempunyai sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, sebaliknya hanya acara sosial membabitkan majoritinya pekerja industri milik syarikat Jepun, maka tiada masalah untuk masyarakat menyertainya.

Eddin Khoo
Eddin Khoo

Sementara itu, Pengasas Pertubuhan Kajian Kebudayaan (PUSAKA), Eddin Khoo berkata, spekulasi negatif terhadap evolusi Festival Bon Odori yang disambut di negara ini kini semakin meluas.

''Memang benar, pada asalnya, Bon Odori adalah upacara yang disambut masyarakat Jepun bagi mengingati dan menghormati nenek moyangnya dengan tarian dikenali Bon.

“Namun, perubahan zaman menyaksikan tarian Bon kemudian mula berkembang dan bertukar menjadi satu bentuk seni, ditarikan di sekitar pentas dipanggil ‘Yagura’ serta diiringi persembahan muzik,” katanya ketika dihubungi.

Menurut anak kepada sejarawan terkemuka negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, dakwaan buruk mengenai acara terbabit, termasuk dikaitkan dengan isu agama mencetuskan ‘kekeliruan besar’ yang semakin berjangkit dalam kalangan masyarakat, sehingga seolah-olah mahu memisahkan umat Islam daripada aktiviti dunia seperti itu.

Katanya, masyarakat kini lebih cenderung mengkaitkan sebarang isu dengan sensitiviti agama dan menolak untuk memahami evolusi seni persembahan Bon Odori.

“Malah, falsafah orang Yunani, diterjemahkan kepada orang Islam, jadi apakah orang Islam sekarang ingin mengatakan bahawa interaksi dengan hasil falsafah Greek itu adalah cenderung menyentuh sensitivi agama?,” soalnya.

Justeru, beliau menegaskan, banyak budaya yang mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama terkandung di dalam budaya berkenaan.

Menurutnya, di negara seperti Malaysia yang memiliki pelbagai kaum, tidak wajar jika sebarang perayaan dan festival dilarang atau tidak digalakkan hanya disebabkan ia membabitkan soal agama serta akidah.

Dalam pada itu, Eddin menyifatkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menyekat rakyat untuk menyertai Bon Odori sebagai langkah wajar.

“Saya sangat patuh dan memuji titah Sultan Selangor ini. Teguran ini adalah jauh lebih mendalam dan baginda menegur orang ramai supaya berpandangan luas,” ujarnya. – Getaran, 9 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka