web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tambah Peruntukan Atau Jangan Sampai Rakyat Johor Desak Keluar Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jun 2022 6:22PM

Sultan Ibrahim Iskandar - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menggesa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan lebih kepada negeri itu memandangkan hampir RM13 bilion hasil Johor dikutip setiap tahun.

Malah, baginda memberi amaran jangan sampai sikap kerajaan yang seolah-olah ‘menganaktirikan’ Johor dalam soal pengagihan peruntukan itu akan membuatkan rakyat negeri berkenaan mendesak untuk keluar Malaysia.

“Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Sultan Ibrahim, baginda amat sedih dengan keadaan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik, seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) serta Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Jelas baginda, kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian cekap dan keadaan lebih selesa.

“Saya menyeru kerajaan Persekutuan supaya segera tunaikan janji untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) kepada empat lorong.

“Jangan sampai rakyat Johor mendesak untuk keluar Malaysia, mungkin Johor akan lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri,” titah baginda.

Dalam perkembangan lain, baginda turut menitahkan supaya segala projek kerajaan di negeri itu disebut sebagai projek kerajaan Johor, bukannya projek Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN).

“Saya mahu kerajaan negeri bergerak tanpa kepentingan politik. Oleh itu, segala projek kerajaan hendaklah disebut sebagai Projek Kerajaan Johor, bukannya Projek Kerajaan Barisan, Perikatan atau lain-lain.

“Bantuan oleh kerajaan juga hendaklah dibuat melalui jabatan kerajaan, pejabat daerah, penghulu dan ketua kampung supaya ia tidak ‘berbau’ politik,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim turut bertitah, pelantikan ketua kampung tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Titahnya, pelantikan ahli majlis tempatan juga perlu dibuat secara teliti dengan mengambil kira taraf pendidikan, kepakaran dan pengalaman kerja, bukan mengikut jawatan parti politik.

“Tugas mereka adalah untuk memberikan pandangan sahaja, bukan untuk mengaut kontrak kerja,” titah baginda. – Getaran, 16 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah