web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Ditahan Terbabit 7 Kes Samun Berparang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 8:25PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang individu dipercayai terbabit dalam tujuh kes samun melibatkan kedai serbaneka di sekitar Brickfields dan Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kondominium Rakyat Pantai Dalam.

“Siasatan awal mendapati, kira-kira jam 3.08 pagi tadi, suspek menyamun premis itu (KK Super Mart) Jalan Sawi menggunakan sebilah parang.

“Suspek mengarahkan juruwang menyerahkan sejumlah duit dari mesin simpanan wang. Melalui rakaman CCTV, suspek pada masa kejadian dilihat memakai helmet hitam dengan visor jingga, bersarung tangan dan membawa beg badminton.

“Kemudian kira-kira jam 3.30 pagi hari sama, satu cubaan samun bersenjatakan parang berlaku di KK Super Mart Taman Bukit Angkasa Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporannya, pengadu mengatakan ketika sedang bekerja sebagai juruwang, dia didatangi seorang pelanggan tanpa bangsanya dapat dipastikan.

Katanya, suspek mengarahkan pengadu menyerahkan rokok dan wang tunai, namun pengadu bertindak pantas merampas parang dipegang individu terbabit.

“Tindakan pantas pengadu membuatkan suspek melarikan diri dari premis tersebut dengan menaiki motosikal, namun terdapat barangan peribadi milik suspek yang terjatuh di luar premis,” ujarnya.

Amihizam berkata, bertindak atas maklumat diperoleh, polis mengesan dan menangkap suspek di rumahnya.

Barangan turut dirampas, katanya, adalah beberapa helai pakaian dan sebuah motosikal dipercayai digunakan suspek ketika menyamun.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat dengan tujuh kes samun di sekitar Brickfields dan Petaling Jaya.

“Suspek akan dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur untuk proses permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Tegasnya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan jenayah boleh menyalurkannya kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berdekatan. – Getaran, 16 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang