web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Individu Dipercayai Sokong Tindakan Hina Nabi Muhammad Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 8:33PM

Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat warga Nepal dipercayai individu sama dalam video tular yang menyatakan sokongan terhadap kenyataan ahli politik India berhubung penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW, ditahan hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kesemua individu berusia antara 26 hingga 27 tahun itu ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di Meru, Klang.

“Turut dirampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran ditularkan.

“Polis kini sedang mengesan suspek yang masih bebas dan menggesa individu terbabit dalam rakaman video berkenaan untuk tampil membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menyalurkannya kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 JSJ Bukit Aman di talian 03-22666071,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit 18 saat di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu berkumpul.

Mereka menyatakan pendirian menyokong tindakan ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW. - Getaran, 16 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka