web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tuntut Kebebasan Badan Kehakiman: Peguam Berhimpun Berarak Ke Parlimen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 10:13AM

Peserta Perarakan Majlis Peguam berhimpun di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ratusan peguam berhimpun di Padang Merbok setakat jam 10.15 pagi ini untuk mengadakan perarakan ‘Walk For Judicial Independent’ dari lokasi itu ke Parlimen.

Perarakan dianjurkan Majlis Peguam itu bagi menuntut kebebasan badan kehakiman.

Kumpulan itu berhimpun di parkir Padang Merbok sejak jam 9 pagi tadi dan akan berarak sejauh kira-kira 2.6 kilometer ke pekarangan luar bangunan Parlimen.

Walaupun polis memberi amaran supaya kumpulan terbabit dilarang berarak ke Parlimen, difahamkan mereka berhasrat meneruskan tindakan itu.

Rancangan untuk mengadakan perarakan bantahan itu diluluskan melalui resolusi oleh lebih 600 ahli badan peguam berkenaan yang hadir pada mesyuarat agung khas pada Mei lalu.

Ia adalah sebagai tindak balas kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Siasatan berkenaan dilapor digerakkan apabila ada sebuah blog berkaitan politik mendakwa Mohd Nazlan yang mengadili kes membabitkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mensabitkannya mempunyai kekayaan meragukan.

Siasatan SPRM itu didakwa tidak berperlembagaan dan melanggar doktrin pengasingan kuasa di negara ini. - Getaran, 17 Jun 2022
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Perarakan Kapal Berhias Warnai Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Thaipusam: 2 Juta Pengunjung Dijangka Banjiri Batu Caves, Jalan Ditutup

3

TARA 1 tahun yang lalu

Seramai 1.5 Juta Dijangka Banjiri Pulau Pinang Sempena Thaipusam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Walk For Justice, 3 Termasuk Presiden Majlis Peguam Dipanggil Beri Keterangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi