web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan 6 ‘Pegawai Imigresen’ Samun Warga Asing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 4:32PM

Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Helah enam individu yang menyamar sebagai penjawat awam untuk menyamun lelaki warga asing terbongkar selepas mereka ditahan sekitar ibu kota semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kesemua individu rakyat tempatan yang ditahan itu, terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun serta disyaki menyamar sebagai pegawai Imigresen.

“Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis dari Balai Polis Salak Selatan bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras melakukan tangkapan terhadap seorang warga tempatan pada kira-kira jam 10 pagi.

“Siasatan ke atas suspek membawa kepada tangkapan tiga lelaki dan dua wanita tempatan, selain rampasan pelbagai alatan serta barang kes yang dipercayai diperoleh hasil kegiatan samun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tangkapan enam individu tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan satu laporan polis mengenai kejadian samun membabitkan mangsa, iaitu dua lelaki warga asing yang mengalami kerugian telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan RM300.

Katanya, polis turut merampas ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 32.4 gram dan pil disyaki dadah jenis Erimin 5 anggaran berat 0.7 gram.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan serta permohonan reman.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah, boleh menyalurkannya melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau di mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang