web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10,681 Tidak Hadir SPM 2021: Segerakan 'Post Mortem', Beri Peluang Kedua

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 9:00AM

Pada 16 Jun lalu, Lembaga Peperiksaan memaklumkan seramai 10,681 calon dikenalpasti tidak hadir untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan bahawa seramai 10,681 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tidak hadir menduduki peperiksaan berkenaan walaupun sudah berdaftar, mengejutkan dan mencetuskan persoalan ‘mengapa keadaan itu boleh berlaku’.

Malah, kenyataan dibuat Lembaga Peperiksaan (LPM) yang memaklumkan seramai 9,037 atau 2.30 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada calon sekolah di bawah KPM, sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta dan sekolah menengah agama rakyat, menimbulkan pertanyaan bagaimana mereka boleh ‘meloloskan’ diri.

Justeru, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) seharusnya mempercepatkan proses ‘post-mortem’ berhubung situasi itu bagi mengenal pasti punca sebenar calon berkenaan gagal hadir.

“PIBGN setuju dengan pelaksanaan post-mortem yang ingin dijalankan KPM seperti dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagi mengetahui alasan di sebalik tindakan calon berdaftar SPM  2021, tetapi tidak mendudukinya,” katanya kepada Getaran.

Dr Mohamad Ali Hassan
Dr Mohamad Ali Hassan

Mohamad Ali berkata, KPM juga harus mengatur kaedah bersesuaian untuk calon terbabit menduduki semula SPM.

Katanya, usaha itu wajar dilaksanakan kerana peperiksaan utama berkenaan penting bagi melancarkan urusan tertentu mereka pada masa depan, termasuk melanjutkan pengajian dan memohon pekerjaan.

Mohamad Ali berkata, KPM patut mengambil langkah terbaik untuk mengatasi keciciran dalam angka yang besar seperti itu daripada berlaku.

Beliau berkata, pihak kementerian berkenaan harus memberi ‘peluang kedua’ kepada semua calon SPM yang tercicir untuk menduduki peperiksaan terbabit.

“KPM patut mengambil langkah untuk mengatasi keciciran calon SPM dalam angka besar seperti ini.

“Ditambah SPM 2021 dilaksanakan pada tahun mencabar akibat tekanan pandemik COVID-19, selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan calon lebih banyak belajar secara dalam talian, berbanding pembelajaran bersemuka, pastinya memberi kesan tertentu,” katanya.

Alimuddin Mohd Dom
Alimuddin Mohd Dom

Manakala, Tokoh Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, jumlah calon tercicir seramai itu, berkemungkinan terdiri daripada calon persendirian yang tidak menduduki peperiksaan berkenaan.

“Mungkin, daripada jumlah tersebut, kebanyakanya adalah calon persendirian yang tidak menduduki SPM 2021.

“Hal ini kerana, di sekolah kendalian kerajaan lazimnya, guru lebih peka mengenai calon yang tidak hadir menduduki SPM ataupun gagal,” katanya.

Alimuddin berkata, malah golongan pendidik itu melakukan pelbagai usaha bagi memastikan pelajar hadir dan menduduki SPM kerana peperiksaan terbabit adalah kemuncak pembelajaran sekolah di negara ini.

Jelasnya, antara usaha itu adalah menghubungi pelajar dan keluarga, pergi ke rumah serta berbincang dengan ibu bapa atau penjaga untuk menyakinkan mereka bahawa SPM mempunyai kepentingan besar, malah menyebabkan kerugian sekiranya mereka tidak hadir.

Menurut Alimuddin, guru mahu mereka kembali ke sekolah sehingga menduduki SPM kerana ia syarat penuh sebagai pelajar dan boleh membantu mereka mencapai cita-cita dengan lebih baik.

“Apapun, semua pihak harus bersabar untuk keputusan post-mortem KPM yang dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, Mohd Radzi berkata, KPM akan menjalankan post-mortem bagi mengenal pasti punca puluhan ribu calon tidak menduduki SPM.

“Kita (KPM) sedang menganalisis data dan akan meneliti trend tahun-tahun sebelum ini. Jika ada peningkatan, kita akan ambil pendekatan untuk elak berulang di masa akan datang.

“Puncanya perlu dikenal pasti memandangkan kohort SPM 2021 adalah paling terkesan dengan COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1) di sini sempena pengumuman keputusan SPM. - Getaran, 18 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'