web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MAFI Permudah Proses Tuntutan Subsidi, 'Penternak Boleh Fokus Tingkat Pengeluaran Ayam'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 3:03PM

FLFAM memberi jaminan bahawa krisis bekalan ayam di seluruh negara semakin pulih selepas campur tangan kerajaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam keterujaan umat Islam menyambut Aidiladha pada 10 Julai depan, tercetus kebimbangan mengenai masalah mendapatkan bekalan ayam sebagaimana dialami sejak bulan lalu.

Namun Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng memberi jaminan krisis bekalan ayam mentah di seluruh negara semakin beransur pulih susulan campur tangan kerajaan.

Katanya, pertemuan antara penternak dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Rabu lalu, akhirnya membantu mereka memudahkan proses untuk memohon subsidi harga ayam yang diperuntukkan.

“Kalau dulu satu permohonan kena ada 13 borang tapi sekarang urusan itu dipermudahkan. Hanya perlu hantar tiga borang sahaja.

“Permohonan juga lebih mudah, dulu perlu dilakukan secara manual tapi sekarang buat secara online (dalam talian) sahaja. Kami amat berterima kasih kepada MAFI kerana memudahkan proses itu,” katanya kepada Getaran.

MAFI mendedahkan RM50 juta subsidi telah dibayar setakat ini kepada penternak ayam, berbanding RM729.43 juta diperuntukkan menerusi Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu. - Gambar fail
MAFI mendedahkan RM50 juta subsidi telah dibayar setakat ini kepada penternak ayam, berbanding RM729.43 juta diperuntukkan menerusi Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu. - Gambar fail

Menurut beliau, kaedah itu boleh membantu penternak kembali memberi fokus kepada meningkatkan produktiviti pengeluaran ayam, selain menyelesaikan krisis bekalan bahan mentah tersebut.

“Lagipun 65 peratus penternak terdiri daripada mereka yang berusia lebih 55 tahun. Sekolah pun tak tinggi macam mana nak isi borang begitu banyak. Memang melecehkan.

“Bila proses itu dipermudahkan, mereka bolehlah fokus kepada kerja penternakan sahaja. Apabila duit (subsidi) sudah disalurkan, produktiviti pengeluaran ayam boleh dipertingkatkan,” katanya.

Terdahulu, MAFI mendedahkan RM50 juta subsidi dibayar setakat ini kepada penternak ayam, berbanding RM729.43 juta diperuntukkan menerusi Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.

Justeru, MAFI menyeru semua penternak ayam yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan dengan segera supaya tuntutan dapat disalurkan.

Pada masa sama, beliau masih berharap agar kerajaan mengecualikan syarat penyediaan tempat tinggal kepada pekerja asing yang dikhususkan kepada industri penternakan.

“Sekarang nak mohon pekerja asing kena ada sijil penginapan. Ladang ayam mana ada Sijil Menduduki (CF). Bila tak ada, susah penternak nak dapat pekerja asing baharu.

“Kalau masalah ini tidak selesai, meskipun kita ada wang (subsidi) memang sukar nak ternak ayam sebab tak ada pekerja. Rakyat tempatan pun tak nak bantu kita (kerja di ladang ayam).

“Jadi kita minta syarat CF dikecualikan. Sudah memadai jika kondisi rumah penginapan pekerja bersih dan boleh mencapai tahap ditetapkan kerajaan,” katanya.

Jeffrey turut meminta kerajaan mengkaji semula jumlah bekalan ayam diimport selepas mengambil kira penglibatan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam industri penternakan ayam di negara ini.

“Kalau kita tambah pengeluaran ayam tapi pada masa sama import masih banyak, dikhuatiri akan berlaku lambakan bekalan itu yang tak dapat dijual pada harga berpatutan. Lagilah merugikan ramai pihak.

“Bagi saya, langkah itu (import) bukan cara terbaik untuk memastikan sekuriti makanan kita. Untuk sementara waktu kita importlah sebab bekalan tak cukup. Tapi janganlah diteruskan selepas bekalan ayam sudah kembali pulih,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS), Idrus Zainal Abidin turut senada berkenaan sijil penginapan kepada pekerja di ladang ternakan ayam.

Beliau meminta syarat tersebut dilonggarkan selepas mengambil kira masalah dihadapi industri penternakan ayam.

“Dulu reban kita boleh buat di mana sahaja. Tak ada Kebenaran Merancang (KM), tak payah ada pelan bangunan dan CF. Senang je dulu, tak ada isu pun.

“Sekarang ladang dihuni pekerja asing. Jadi longgarkanlah sikit syarat tu. Kalau anda datang ke reban saya memang canggih. Bau dan lalat memang tak ada, boleh diketengahkanlah,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Beras Negara Kekal Stabil, Mampu Tampung Keperluan Rakyat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Apung Harga Ayam, Penternak Kata Tiada Isu - FLFAM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Fi Permit Makanan Ternakan Ditangguhkan Bermula Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Perikanan 1985 Masih ‘Solid’, Tidak Perlu Dipinda - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global