web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengguna Kecewa Kerajaan Mansuh Harga Siling Ayam, Telur, Subsidi Minyak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 7:58PM

Langkah kerajaan menghentikan kawalan harga siling ayam, telur dan minyak masak telah mencetuskan kekecewaan di kalangan orang ramai, yang kini berdepan dengan peningkatan kos sara hidup. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan tidak meneruskan kawalan harga siling ayam dan telur ayam, selain subsidi minyak masak sawit tulen dalam beberapa saiz kemasan botol berkuat kuasa 1 Julai ini, mencetuskan kekecewaan serta kebimbangan dalam kalangan pengguna, khususnya B40 yang masih bergelut untuk menampung kehidupan kesan peningkatan kos sara hidup.

Tinjauan Getaran di beberapa premis jualan dan makanan di sekitar ibu negara hari ini mendapati, kebanyakan pengguna menyifatkan langkah kerajaan yang dibuat secara tiba-tiba itu tatkala poket golongan berkenaan kekal nipis, pasti memberi impak terhadap bil bulanan isi rumah mereka.

Richard
Richard

Pemilik kedai makan yang mahu dikenali Richard, 60, berkata, pemansuhan subsidi minyak masak sawit tulen itu amat tidak wajar kerana akan membuatkan golongan seperti B40 yang sedia terbeban dengan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan asas, semakin susah.

“Memang tidak wajar dan saya tidak setuju dengan tindakan kerajaan menarik balik subsidi ini, terutama subsidi minyak masak.

“Minyak masak adalah antara keperluan asas sangat penting untuk pengguna, kalau tiada minyak masak, macam mana rakyat nak masak dan makan, bagaimana peniaga seperti kami nak jual makanan kepada golongan susah?,” katanya ketika ditemui di Kepong.

Richard berkata, ketika ini bukan masa sesuai untuk kerajaan menarik balik subsidi produk keperluan pengguna, terutama barangan asas seperti minyak masak.

Lis Lim
Lis Lim

Pengguna, Lis Lim berkata, pemansuhan kawalan harga siling ayam dan telur ayam, selain subsidi minyak masak sawit tulen dijangka menyebabkan inflasi makanan meningkat lebih tinggi.

“Tiada pengawalan terhadap produk ini akan menyebabkan pengeluar dan peniaga mengambil kesempatan untuk kenaikan harga barang yang akhirnya menjadikan pembeli sebagai mangsa.

“Dengan beban sedia ada susulan kenaikkan harga barangan asas lain, kini harga ayam, telur ayam dan minyak masak botol pula akan meningkat, seterusnya membebankan lagi rakyat,” katanya.

Menurut Lim, kerajaan seharusnya melaksanakan alternatif lain bagi menstabilkan ekonomi dan harga bekalan bahan makanan asas dalam pasaran, bukan bertindak memansuhkan kawalan harga serta subsidi.

Siti Nurhawa Norhalinan
Siti Nurhawa Norhalinan

Sementara itu, pelajar, Siti Nurhawa Norhalinan, 22 berkata, keputusan kerajaan itu tidak wajar kepada rakyat yang masih bergelut untuk memulihkan ekonomi diri dan keluarga daripada kesan buruk pandemik COVID-19.

Siti Nurhawa berkata, bukan hanya golongan B40 bakal terjejas teruk, tapi peniaga kecil, seperti penjual pisang goreng dan keropok lekor antara pihak akan paling terkesan.

“Golongan peniaga itu bergantung kepada harga minyak murah untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan diusahakan, jadi jika kos pembeliannya mahal, pastinya tidak ada untung banyak atau ‘tidak balik modal’.

“Tidak wajar kerajaan meletakkan beban terhadap rakyat yang semakin terjejas akibat ketidakstabilan ekonomi kini,” jelasnya.

Kawalan harga siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak botol bagi isipadu dua, tiga dan lima kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini. - Gambar oleh Alif Omar
Kawalan harga siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak botol bagi isipadu dua, tiga dan lima kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini. - Gambar oleh Alif Omar

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan tidak meneruskan kawalan harga siling ayam dan telur ayam berkuat kuasa 1 Julai.

Katanya, subsidi minyak masak untuk kemasan dua, tiga dan lima kilogram (kg) juga akan dimansuhkan bermula tempoh sama.

Tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil bagi jangka masa panjang, sekali gus menstabilkan harga barangan.

Selain itu, Getaran melaporkan, Ismail Sabri menerusi sidang media khas hari ini berkata, kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak berbotol dua, tiga dan lima kilogram (kg) disebabkan aktiviti penyeludupan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, beliau menegaskan, subsidi tersebut sebenarnya hanya berbentuk program sementara yang dilaksanakan pada Ogos 2021 demi membantu rakyat terkesan akibat COVID-19. – Getaran, 22 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global